YOUTUBE PAK MALAU

YOUTUBE PAK MALAU
CHANNEL YOUTUBE PAK MALAU

PAGES

Showing posts with label BOWLING. Show all posts
Showing posts with label BOWLING. Show all posts

BOWLING ALA-ALA KAMPUNG

 BERLATIH BOWLING CARA KAMPUNG


Setelah berpindah ke SK Kpg. Dato' Seri Kamaruddin (SEDSKA), saya seperti biasa meneruskan agenda untuk melatih murid-murid SEDSKA dalam sukan bowling. Seperti biasa saya akan melatih kemahiran asas dalam sukan bowling terlebih dahulu. Memberi mereka peluang untuk memegang bola bowling dan mereka akan dapat merasa berat atau tidak bola bowling ini. 

Kebiasaannya, kali pertama ramai yang tidak dapat mengangkat bola boling ini walaupun saya cuma menggunakan bola 8 pound sahaja. Kenapa 8 pound sedangkan ada lagi yang lebih ringan 6 pound. Ah, soalan yg sering ditanya.

Kenapa bola 8 pound, kerana bola 8 ini lebih sukar pecah dan lebih tahan berbanding bola 6 pound yang mudah pecah dan HARGAnya mahal. Bola 6 pound ini agak special dah di pusat bowling pon pengusaha pusat bowling tidak meletakkannya di rak sebaliknya kita kena minta kepada mereka. Kadang-kadang tak ada bola 6 pound di pusat bowling.

Jadi, mahu tidak mahu, saya kena paksa mereka angkat , hayun dan lontar bola 8 pound. Alhamdulilah, selepas 5 atau 6 sesi, mereka akan biasa dan masalah berat tiada ada lagi. Kita perlu bersabar dan beri motivasi supaya mereka tidak putus asa untuk cuba pegang dan lontar bola 8 pound ini.

Kaedahnya mudah saja, buat latihan di sekolah dahulu, sudah boleh lontar dengan baik serta melakukan 5 Steps dengan baik, saya akan bawa mereka ke pusat bowling sebenar. Selagi mereka tidak boleh membuat lontaran atau 5 steps dengan baik, mereka akan terus berlatih di sekolah sahaja.

Kalau nak cerita panjang ni. saya sambung akan datang. Sebelum itu, anda boleh tonton video di bawah.

Terima kasih.

www.youtube.com/pakmalau






PART 1 | PASUKAN BOLING TENPIN PSKPP MANJUNG | PEMILIHAN SIRI 1

PART 1 | PASUKAN BOLING TENPIN PSKPP MANJUNG | PEMILIHAN SIRI 1

Pemilihan pasukan Boling Tenpin untuk Pasukan PSKPP Daerah Manjung
Siri 1 pada 19 Mac 2022
Di Manjung Bowling Centre Kg Koh Sitiawan

Selepas Hari Raya Puasa 2022, Pusat Bowling ini ditutup sepenuhnya. Insya Allah, jika tiada apa-apa halangan, Pusat Boling ini akan dibuka semula dengan Jenama Yang Baru dan Pengurusan Baharu.


JENIS CORE DALAM BOLA BOWLING

 JENIS CORE DALAM BOLA BOWLING

Contoh CORE yang terdapat dalam bowling ball (bola boling). Ini merupakan sebahagian sahaja. Jenis, bentuk dan saiz core ini bergantung kepada sesuatu jenama bola. Lain jenama bola, lain core nya dan bentuknya. 









LATIHAN BOWLING BERSAMA PAK MALAU | FIVE STEP APPROACH

LATIHAN BOWLING BERSAMA PAK MALAU | FIVE STEP APPROACH

 belajar boling bersama pak malau

Permainan Sukan Boling Tenpin amat sesuai dimainkan bersama-sama keluarga. Ini kerana, untuk bermain boling tidak mengira usia. Asalkan pemain tersebut mampu mengangkat bola sekurang-kurangnya bola 6 paun. Boling juga tidak mengira jantina. Ini bermakna lelaki dan perempuan boleh bermain sekali di lorong yang sama kerana permainan ini dimainkan secara individu dan tidak memerlukan sentuhan fizikal.


Dalam video kali ini, saya tunjukkan cara 5 langkah untuk membuat lontaran yang betul. Ini bermakna sebelum membuat lontaran supaya pergerakan atau langkah anda lebih baik, anda perlu membuat latihan melangkah 5 langkah dengan hayunan bola yang betul. Buat latihan ini sehingga anda menguasainya. Five Step Approach ini adalah langkah terakhir dalam asas untuk melontar bola boling. Ianya sesuatu yang memerlukan banyak latihan.


Semoga membantu.


LIKE, SHARE dan SUBSCRIBE Channel Pak Malau


Terima kasih atas sokongan anda.

Jumpa lagi.

Mohon SHARE jika bermanfaat


PAUTAN VIDEO :

https://www.youtube.com/watch?v=75W-dSQauxo 



NAMA GURU  :  

PAK MALAU - PTPS BOLING PERAK


SEKOLAH   : 

SK KAYAN SITIAWAN PERAK


SALURAN YOUTUBE : 

https://www.youtube.com/c/pakmalau 


#pakmalaubowling

#pakmalau


PETUA UNTUK PEMAIN BOWLING BARU - RESPECT EACH OTHER

PETUA UNTUK PEMAIN BOWLING BARU 

RESPECT EACH OTHER

Tidak menjadi kesalahan jika kita membuat lontaran semasa pemain di lorong sebelah kiri atau kanan juga sedang membuat lontaran. Cuma mungkin fokus pemain tadi akan hilang dan lontarannya tidak sempurna. Mungkin juga anda akan terganggu. Jadi kita hormatlah pemain di lorong sebelah. Jika dia hendak membuat lontaran, kita beri peluang kepadanya dahulu. Baru timbul rasa hormat antara satu sama lain dan hubungan menjadi lebih mesra. 
Harap tip ini membantu anda jika ingin berseronok dengan permainan bowling. Fun Bowling.

#pakmalau
#AYU
#kitabantukita

LATIHAN BOLING BERSAMA PAK MALAU

LATIHAN BOLING BERSAMA PAK MALAU

Setelah lama tak berlatih..Pak Malau kembali dengan sesi latihan bowling. Seperti biasa di Manjung Bowling Centre
Jom saksikan

#pakmalau
#AYU
#kitabantukita

OIL PATTERN IN TENPIN BOWLING

OIL PATTERN IN TENPIN BOWLING

Jenis-jenis Oiling Pattern dalam Sukan Bowling. Oleh kerana oiling inilah yang membuatkan Sukan Boling Tenpin ini menjadi LEBIH MENARIK







TAMAT KURSUS KEJURULATIHAN BOWLING

TAMAT KURSUS KEJURULATIHAN BOWLING

Seramai 35 orang guru Negeri Perak telah menamatkan Kursus Kejurulatihan dan kepegawaian Boling Tenpin MSS Perak 2011.


Petikah: Berita Harian Metro 15 Disember 2011.

KURSUS JURULATIH TENPIN BOLING TAHAP 1

KURSUS JURULATIH TENPIN BOLING TAHAP 1

Saya diberi peluang untuk mengikuti Kursus Asas Kejurulatihan Boling Tenpin Peringkatan Kebangsaan. Setiap negeri menghantar 2 orang wakil guru untuk kursus ini. Ini merupakan pendedahan pertama saya dalam dunia sukan bowling.
Alhamdulilan telah mendapat satu ilmu yang akan dimanfaatkan untuk anak didik dalam sukan boling tenpin ini.


16 HINGGA 21 OKTOBER DI HOTEL SERI MALAYSIA IPOH DAN AMPANG SUPER BOWL IPOH. PESERTA TERDIRI DARIPADA SELURUH MALAYSIA.

POPULAR

Editors' Spotlight

KEJOHANAN MEMANAH MSSD MANJUNG SR 2023

KEJOHANAN MEMANAH MSSD MANJUNG SEKOLAH RENDAH 2023 Selasa 20 Jun 2023, Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah Daerah Manjung kategori Sekola...