YOUTUBE PAK MALAU

YOUTUBE PAK MALAU
CHANNEL YOUTUBE PAK MALAU

PAGES

LEMANG PADU TAMAN KIARA

 LEMANG PADU TAMAN KIARA

lemang padu taman kiara

Kisah Lemang Padu Taman Kiara Sitiawan Perak ini telah viral. Lemang ini dibuat dan dibakar sendiri secara bergotong-royong oleh penduduk Taman Kiara sempena menyambut bulan Ramadan 1444H yang lalu. Ini kerana sebelum menyambut bulan Ramadan, penduduk akan bergotong-royong membersihkan surau. Makan penduduk akan menyediakan juadah untuk jamuan sempena gotong-royong tersebut.

Pada 18 Mac 2023m penduduk Taman Kiara bergotong royong membersihkan Surau Al Ittihad Taman Kiara untuk menyambut Ramadan yang akan tiba. Maka pada hari Jumaat 17 Mac 2023, penduduk bergotong-royong menyediakan juadah untuk jamuan makan aktiviti gotong royong nanti. Antara juadahnya ialah LEMANG.

Bermula dengan mencari buluh lemang, kayu api, merendam beras pulut, memasukkan beras pulut dan santan seterusnya membakar, semua ini dilakukan oleh penduduk Taman Kiara. Proses membakar mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk lemang betul-betul masak. 

Alhamdulilah, berkat kesabaran dan kesungguhan penduduk Taman Kiara, lemang PADU ini berjaya disiapkan. Sebanyak 30 batang lemang yang saya rasakan amat sedap dan padu sekali. Dengan cukup lemaknya dan sangat lembut. 

Anda boleh tonton video ini


Gotong Royong membakar Lemang








PERINGATAN SEMASA MENGHADAPI SUACA PANAS

PERINGATAN BERKAITAN PERSEDIAAN INSTITUSI PENDIDIKAN BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) BERHUBUNG PENJAGAAN KEBAJIKAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN MURID SEMASA MENGHADAPI CUACA PANAS DAN JEREBU

cuaca panas

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa menitikberatkan penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid khususnya semasa menghadapi keadaan cuaca panas ataupun sebarang keadaan cuaca yang di luar jangkaan. Cuaca panas yang melanda negara juga turut menyebabkan beberapa lokasi menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat.

KPM telah memberi peringatan kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan semua institusi pendidikan bawah KPM agar melaksanakan langkah-langkah pencegahan seperti berikut:

i. Menangguhkan semua aktiviti luar bilik darjah jika cuaca terlalu panas;

ii. Memantau aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada keadaan cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas;

iii. Bagi kawasan yang bacaan IPU melebihi 100, semua aktiviti di luar bilik darjah yang melibatkan murid hendaklah dihentikan;

iv. Memastikan bekalan air minuman bersih mencukupi di institusi pendidikan bawah KPM dan menggalakkan murid membawa air minuman sendiri;

v. Menasihati dan menggalakkan murid mengambil air minuman dalam kuantiti yang sesuai bagi mengawal suhu badan;

vi. Membekalkan air minuman kepada murid asrama sekiranya keadaan kritikal dan tiada sumber lain bagi mendapatkan air minuman; dan

vii. Sentiasa berwaspada serta bekerjasama dengan klinik dan hospital berdekatan sekiranya berlaku sebarang komplikasi ke atas murid akibat cuaca panas.

Semua institusi pendidikan bawah KPM dinasihati agar sentiasa mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan. Institusi pendidikan juga perlu peka dengan perkembangan semasa melalui media mengenai fenomena berjerebu di kawasan atau daerah masing-masing dan mematuhi saranan Kementerian Kesihatan Malaysia serta Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dari semasa ke semasa bagi menjamin kesihatan murid/pelajar dan warga institusi pendidikan.

KPM mengambil berat kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan seluruh warganya.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

28 APRIL 2023

MUAT TURUN

PERINGATAN BERKAITAN PERSEDIAAN INSTITUSI PENDIDIKAN BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) BERHUBUNG PENJAGAAN KEBAJIKAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN MURID SEMASA MENGHADAPI CUACA PANAS DAN JEREBU

SURAT SIARAN KPM BIL 1 TAHUN 2023 - GARIS PANDUAN PENUTUPAN INSTITUSI PENDIDIKAN BAWAH KPM SEMASA CUACA PANAS  

SURAT SIARAN KPM BIL 2 TAHUN 2023 - GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID-19 DI INSTITUSI PENDIDIKAN KPM


POPULAR

Editors' Spotlight

KEJOHANAN MEMANAH MSSD MANJUNG SR 2023

KEJOHANAN MEMANAH MSSD MANJUNG SEKOLAH RENDAH 2023 Selasa 20 Jun 2023, Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah Daerah Manjung kategori Sekola...