YOUTUBE PAK MALAU

YOUTUBE PAK MALAU
CHANNEL YOUTUBE PAK MALAU

PAGES

PERBEZAN LAMAN WEB DAN PORTAL

PERBEZAN LAMAN WEB DAN PORTAL

Perbezaan portal berbanding laman web adalah portal menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan online. Ciri-ciri asas portal perlu mengandungi semua ciri-ciri asas laman web ditambah dengan perkhidmatan online yang disediakan oleh agensi.

Laman web bolehlah ditakrifkan sebagai halaman-halaman elektronik yang dipaparkan melalui komputer dengan menggunakan teknologi internet. Namun, laman web hanyalah tertumpu kepada penyaluran maklumat asas kepada pengunjung semata-mata. Komunikasi dua hala sangat kurang antara pengunjung dengan pengendali web ataupun web itu sendiri.
 
Secara umumnya, perbezaan yang paling ketara antara portal dan laman web ialah sasaran pengunjungnya. Siapakah pengunjung yang berpotensi melayarinya? Jika hanya untuk tatapan umum dengan disajikan maklumat-maklumat asas, hanya orang yang mahir sahaja dapat mengubahsuai kandungannya serta tidak banyak interaksi pengunjung biasa dengan pentadbir web atau web itu sendiri, itu ialah laman web. Jika portal pula, pengunjung sasarannya adalah lebih menyeluruh.
 
Laman web juga terpaksa ‘bergantung hidup’ kepada pembangunnya. Jika pembangunnya telah berpindah atau tiada, maka tamatlah riwayatnya. Berbeza dengan portal, walaupun tidak dapat mengubah susun atur atau penambahan aplikasi yang baru setelah pembangunnya tiada, individu yang mengambil alih tugasnya tidak perlu membuka kod-kod pengaturcaraan yang berjela-jela, cukuplah sekadar berinteraksi dengan aplikasi-aplikasi yang ada untuk mengubahsuai atau menambah maklumat-maklumat tertentu. Ini bermakna, orang lain mampu meneruskan kesinambungan portal itu walaupun ketiadaan pembangun asalnya mahupun penggantinya buta kod-kod pengaturcaraan.
 
Portal adalah anjakan daripada laman web. Portal lebih ‘besar’ dan menyeluruh berbanding laman web. Terdapat berpuluh-puluh aplikasi yang menyokongnya. Portal membantu dalam pengurusan atau membuat keputusan, hasil maklumat-maklumat yang dijanakan olehnya. 

https://www.moe.gov.my/




No comments:

Post a Comment

POPULAR

Editors' Spotlight

KEJOHANAN MEMANAH MSSD MANJUNG SR 2023

KEJOHANAN MEMANAH MSSD MANJUNG SEKOLAH RENDAH 2023 Selasa 20 Jun 2023, Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah Daerah Manjung kategori Sekola...