YOUTUBE PAK MALAU

YOUTUBE PAK MALAU
CHANNEL YOUTUBE PAK MALAU

PAGES

KEJOHANAN MEMANAH MSSD MANJUNG SR 2023

KEJOHANAN MEMANAH MSSD MANJUNG SEKOLAH RENDAH 2023

memanah sekolah rendah

Selasa 20 Jun 2023, Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah Daerah Manjung kategori Sekolah Rendah Bawah 12 Tahun diadakan di Padang SK Kpg. Dato' Seri Kamaruddin (SEDSKA), Seri Manjung, Perak.

Pada tahun ini SEDSKA bertuah kerana menjadi tuan rumah kejohanan ini. SEDSKA menghantar seorang pemanah lelaki dan 4 orang pemanah perempuan. Kesemua pemanah dari SEDSKA mendapat kedudukan lima teratas.

Pemenang dari SEDSKA

Kategori Lelaki 12

JOHAN - Muhammad Dzul Yusro bin Muhamad Yusli

Kategori P 12

JOHAN - Dhia Danisha binti Mohamad Akram

Naib Johan - Nurhana Jannah binti Abd Sharezam

Ketiga - Putri Cahaya Qaseh binti Abdullah

Kelima - Mas Ouda Nuha binti Mohamad Muslim


Tahniah kepada kelima-lima pemanah dari SEDSKA.

empat orang layak mewakili Manjung ke kejohanan peringkat negeri Perak nanti.











BOWLING ALA-ALA KAMPUNG

 BERLATIH BOWLING CARA KAMPUNG


Setelah berpindah ke SK Kpg. Dato' Seri Kamaruddin (SEDSKA), saya seperti biasa meneruskan agenda untuk melatih murid-murid SEDSKA dalam sukan bowling. Seperti biasa saya akan melatih kemahiran asas dalam sukan bowling terlebih dahulu. Memberi mereka peluang untuk memegang bola bowling dan mereka akan dapat merasa berat atau tidak bola bowling ini. 

Kebiasaannya, kali pertama ramai yang tidak dapat mengangkat bola boling ini walaupun saya cuma menggunakan bola 8 pound sahaja. Kenapa 8 pound sedangkan ada lagi yang lebih ringan 6 pound. Ah, soalan yg sering ditanya.

Kenapa bola 8 pound, kerana bola 8 ini lebih sukar pecah dan lebih tahan berbanding bola 6 pound yang mudah pecah dan HARGAnya mahal. Bola 6 pound ini agak special dah di pusat bowling pon pengusaha pusat bowling tidak meletakkannya di rak sebaliknya kita kena minta kepada mereka. Kadang-kadang tak ada bola 6 pound di pusat bowling.

Jadi, mahu tidak mahu, saya kena paksa mereka angkat , hayun dan lontar bola 8 pound. Alhamdulilah, selepas 5 atau 6 sesi, mereka akan biasa dan masalah berat tiada ada lagi. Kita perlu bersabar dan beri motivasi supaya mereka tidak putus asa untuk cuba pegang dan lontar bola 8 pound ini.

Kaedahnya mudah saja, buat latihan di sekolah dahulu, sudah boleh lontar dengan baik serta melakukan 5 Steps dengan baik, saya akan bawa mereka ke pusat bowling sebenar. Selagi mereka tidak boleh membuat lontaran atau 5 steps dengan baik, mereka akan terus berlatih di sekolah sahaja.

Kalau nak cerita panjang ni. saya sambung akan datang. Sebelum itu, anda boleh tonton video di bawah.

Terima kasih.

www.youtube.com/pakmalau






PENGALAMAN MEMANDU MITSUBISHI XPANDER

 PENGALAMAN MEMANDU MITSUBISHI XPANDER MALAYSIA SELAMA DUA MINGGU

xpander malaysia

Sedikit perkongsian pengalaman memandu Xpander Malaysia selama dua minggu oleh Pak Malau. Serta perkongsian Pak Malau tentang penggunaan lampu dan Auto Cruise yang ada pada Xpander. 

Saya amat berpuas hati setelah dua minggu memandu. Rasa lebih selesa berbanding MPV yang dahulu dan lebih menjimatkan minyak. Kawalannya juga lebih baik dan selesa. Rasa lebih mantap apabila melalui permukaan jalan yang tidak rata dan jalan yang berliku-liku. Terbaik Xpander Malaysia.



LEMANG PADU TAMAN KIARA

 LEMANG PADU TAMAN KIARA

lemang padu taman kiara

Kisah Lemang Padu Taman Kiara Sitiawan Perak ini telah viral. Lemang ini dibuat dan dibakar sendiri secara bergotong-royong oleh penduduk Taman Kiara sempena menyambut bulan Ramadan 1444H yang lalu. Ini kerana sebelum menyambut bulan Ramadan, penduduk akan bergotong-royong membersihkan surau. Makan penduduk akan menyediakan juadah untuk jamuan sempena gotong-royong tersebut.

Pada 18 Mac 2023m penduduk Taman Kiara bergotong royong membersihkan Surau Al Ittihad Taman Kiara untuk menyambut Ramadan yang akan tiba. Maka pada hari Jumaat 17 Mac 2023, penduduk bergotong-royong menyediakan juadah untuk jamuan makan aktiviti gotong royong nanti. Antara juadahnya ialah LEMANG.

Bermula dengan mencari buluh lemang, kayu api, merendam beras pulut, memasukkan beras pulut dan santan seterusnya membakar, semua ini dilakukan oleh penduduk Taman Kiara. Proses membakar mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk lemang betul-betul masak. 

Alhamdulilah, berkat kesabaran dan kesungguhan penduduk Taman Kiara, lemang PADU ini berjaya disiapkan. Sebanyak 30 batang lemang yang saya rasakan amat sedap dan padu sekali. Dengan cukup lemaknya dan sangat lembut. 

Anda boleh tonton video ini


Gotong Royong membakar Lemang








PERINGATAN SEMASA MENGHADAPI SUACA PANAS

PERINGATAN BERKAITAN PERSEDIAAN INSTITUSI PENDIDIKAN BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) BERHUBUNG PENJAGAAN KEBAJIKAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN MURID SEMASA MENGHADAPI CUACA PANAS DAN JEREBU

cuaca panas

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa menitikberatkan penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid khususnya semasa menghadapi keadaan cuaca panas ataupun sebarang keadaan cuaca yang di luar jangkaan. Cuaca panas yang melanda negara juga turut menyebabkan beberapa lokasi menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat.

KPM telah memberi peringatan kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan semua institusi pendidikan bawah KPM agar melaksanakan langkah-langkah pencegahan seperti berikut:

i. Menangguhkan semua aktiviti luar bilik darjah jika cuaca terlalu panas;

ii. Memantau aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada keadaan cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas;

iii. Bagi kawasan yang bacaan IPU melebihi 100, semua aktiviti di luar bilik darjah yang melibatkan murid hendaklah dihentikan;

iv. Memastikan bekalan air minuman bersih mencukupi di institusi pendidikan bawah KPM dan menggalakkan murid membawa air minuman sendiri;

v. Menasihati dan menggalakkan murid mengambil air minuman dalam kuantiti yang sesuai bagi mengawal suhu badan;

vi. Membekalkan air minuman kepada murid asrama sekiranya keadaan kritikal dan tiada sumber lain bagi mendapatkan air minuman; dan

vii. Sentiasa berwaspada serta bekerjasama dengan klinik dan hospital berdekatan sekiranya berlaku sebarang komplikasi ke atas murid akibat cuaca panas.

Semua institusi pendidikan bawah KPM dinasihati agar sentiasa mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan. Institusi pendidikan juga perlu peka dengan perkembangan semasa melalui media mengenai fenomena berjerebu di kawasan atau daerah masing-masing dan mematuhi saranan Kementerian Kesihatan Malaysia serta Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dari semasa ke semasa bagi menjamin kesihatan murid/pelajar dan warga institusi pendidikan.

KPM mengambil berat kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan seluruh warganya.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

28 APRIL 2023

MUAT TURUN

PERINGATAN BERKAITAN PERSEDIAAN INSTITUSI PENDIDIKAN BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) BERHUBUNG PENJAGAAN KEBAJIKAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN MURID SEMASA MENGHADAPI CUACA PANAS DAN JEREBU

SURAT SIARAN KPM BIL 1 TAHUN 2023 - GARIS PANDUAN PENUTUPAN INSTITUSI PENDIDIKAN BAWAH KPM SEMASA CUACA PANAS  

SURAT SIARAN KPM BIL 2 TAHUN 2023 - GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID-19 DI INSTITUSI PENDIDIKAN KPM


BUNYI ALAM - SUARA BURUNG (NO COPYRIGHT)

 BUNYI ALAM - SUARA BURUNG (NO COPYRIGHT)

suara burung - bunyi alam

Kepada anda yang ingin mencari suara bunyi burung-burung untuk dijadikan sebagai suara latar video, boleh download sini. 

Jangan Lupa , LIKE, SHARE, KOMEN DAN SUBSCRIBE

Semoga membantu.

Layari www.cikgupakmalau.com


TOL PERCUMA SEMPENA AIDILFITRI 1444H/2023M

 PM UMUM TOL PERCUMA 4 HARI SEMPENA AIDILFITRI

TOL PERCUMA SEMPENA HARI RAYA


Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Tol Rahman PERCUMA selam empat hari bermula dari 19 April 2023 hingga 21 April 2023 dan pada 24 April 2023. Pengecualian TOL ini bagi memberi kemudahan kepada semua pengguna jalan raya yang akan pulang ke kampung halaman sempena AIDILFITRI 1444H nanti.

Pelaksanaan TOL RAHMAN ini melibatkan 33 lebuh raya bagi semua kelas kenderaan. Ini merupakan kali pertama Perdana Menteri memberikan TOL PERCUMA kepada semua lebuh raya dan selama 4 hari. Belum ada lagi PM seumpamanya yang berbuat sedemikian.

TERIMA KASIH PMX.

#MalaysiaMADANI




FENOMENA GERHANA MATAHARI SEPARA

 FENOMENA GERHANA MATAHARI SEPARA

gerhana matahari separa

Jabatan Agama Islam Perak telah mengeluarkan Makluman dan Hebahan tentang Fenomena Gerhana Matahari Separa dan Solat Sunat Gerhana oleh Masjid dan Surau seluruh Negeri Perak.

Fenomena Gerhana Matahari Separa ini akan berlaku pada hari Khamis 29 Ramadan 1444H bersamaan 20 April 2023M bermula jam 11:13 pagi dan berakhir pada jam 12:42 tengah hari.

Sehubungan itu semua masjid, surau diri Jumaat dan surau di Negeri Perak adalah disarankan untuk melaksanakan Solat Sunat Gerhana Matahari (Khusuf) antara jam 11:13 am dan berakhir pada jam 12:42 pm. Umat Islam juga digalakkan melaksanakan perkara-perkara sunat yang lain seperti memperbanyakkan sedekah, beristighfar, bertasbih, bertakbir dan lain-lain lagi ketika berlaku gerhana ini.

Saranan pelaksanaan ibadah tersebut adalah seperti berikut:-

  1. Melihat gerhana
  2. Solat Sunat Gerhana (secara berjemaah atau berseorangan)
  3. Membaca khutbah (bagi yang melaksanakan secara berjemaah).


panduan melihat gerhana matahari


Majlis Khatam Al Quran Taman Kiara

 Majlis Khatam Al Quran Taman Kiara

khatam quran taman kiara

Majlis Khatam Al-Quran bagi peserta Tadarus sepanjang Ramadan ini sempena Nuzul Quran 1444H. 

Sabrtu 8 April 2023

17 Ramadan 1444H

Majlsi Khatam ini diadakan di Surau Al Ittihad Taman Kiara bermula jam 6.00 petang dan selepas ini diteruskan lagi dengan Tahlil sebelum berbuka puasa.

Majlis berbuka pada hari ini ditaja oleh Gabungan 3 persatuan, iaitu Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara, Persatuan Kebajikan Wanita Taman Kiara dan Surau Al Ittihad Taman Kiara.

Juga diadakan penyerahan bantuan sempena Hari Raya kepada warga taman yang memerlukan.











CUTI SEKOLAH SEMPENA AIDIL FITRI 1444H/2023

 CUTI SEKOLAH SEMPENA AIDIL FITRI 1444H/2023

CUTI RAYA 2023

Terima kasih kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mengumumkan 19 April 2023 sebagai cuti tambahan sekolah sempena Aidilfitri.

Ini bermakna sekolah akan mula bercuti pada hari Rabu 19 April nanti. Cuti raya pada tahun ini juga bersambung dengan cuti Pertengahan Penggal 1 iaitu 21 April hingga 30 April 2023 bagi negeri-negeri kumpulan B. 

Ini bermakna hampir 13 hari murid-murid dan para guru akan bercuti sempena Aidilfitri Tahun ini. Syukur Alhamdulilah. Terima kasih KPM.

Cuti bermula 19 April hingga Isnin 1 Mei (cuti Hari Pekerja) Sekolah akan dibuka semula pada 2 Mei 2023 iaitu hari Selasa. Ini bagi sekolah kumpulan B

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek
#MalaysiaMADANI



GAJI AWAL BULAN APRIL 2023

 Penjawat Awam Terima Gaji, Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 14 April.

gaji awal 14 april 2023
Terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Aifilfitri (BKKA) 2023 yang sepatutnya diberikan pada 17 April nanti DI AWALKAN pada 14 April. 


"Saya terima banyak permohonan, 17 (April) ke atas itu terlalu suntuk untuk membuat persiapan Hari Raya. Jadi kita awalkan, selewat-lewatnya 14 April kita selesaikan," katanya selepas menghadiri sesi penyampaian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di Bank Simpanan Nasional Cawangan Meru Raya, hari ini.

Terdahulu CUEPACS mencadangkan supaya tarikh pembayaran gaji kepada penjawat awam diawalkan kepada 14 April ini. Presidennya Datuk Adnan Mat berkata ia bagi membolehkan penjawat awam membeli barangan untuk persediaan Aidilfitri yang dijangka disambut pada 22 April ini.

Dan saya berharap BKKA ini dibayar bersama GAJI bulan APRIL 2023 iaitu pada 14 April 2023 nanti. Sama-sama kita doakan. 


#MalaysiaMADANI

Malaysia MADANI
Malaysia MADANI




CARA BINA SIFIR | KAEDAH KOTAK SEMBILAN | OLEH CIKGU PAK MALAU

CARA BINA SIFIR | KAEDAH KOTAK SEMBILAN | OLEH CIKGU PAK MALAU

Kaedah membina sifir dua digit dengan menggunakan Kaedah Kotak Sembilan. Sesuai untuk operasi bahagi yang melibatkan bahagi dengan dua digit yang lebih besar. Semoga membantu Selamat belajar


TONTON VIDEO BERIKUT UNTUK CARA MEMBINA SIFIR


MATEMATIK-MENULIS NOMBOR DALAM ANGKA DAN PERKATAAN-KAEDAH PAGAR

MATEMATIK-MENULIS NOMBOR DALAM ANGKA DAN PERKATAAN-KAEDAH PAGAR

Pada kali ini cikgu tunjukkan cara menulis nombor sama ada dalam perkataan ayau angka dengan menggunakan kaedah pagar. 
Masih ada yang keliru dalam menyebut nombor atau menulis sama ada dalam perkataan atau angka. Semoga membantu


BIDANG PEMBELAJARAN: NOMBOR DAN OPERASI
Tajuk: 1.0 Nombor Bulat Dan Operasi Asas
Standard Kandungan 1.1 Nilai Nombor
Standard Pembelajaran:
1.1.1 Menyatakan nombor hingga 1 000 000:
(i) Membaca sebarang nombor dalam perkataan.
(ii) Menyebut sebarang nombor dalam bentuk angka.
(iii) Menulis nombor dalam angka dan perkataan.

TONTON VIDEO INI UNTUK PENERANGAN LENGKAP

PART 1 | PASUKAN BOLING TENPIN PSKPP MANJUNG | PEMILIHAN SIRI 1

PART 1 | PASUKAN BOLING TENPIN PSKPP MANJUNG | PEMILIHAN SIRI 1

Pemilihan pasukan Boling Tenpin untuk Pasukan PSKPP Daerah Manjung
Siri 1 pada 19 Mac 2022
Di Manjung Bowling Centre Kg Koh Sitiawan

Selepas Hari Raya Puasa 2022, Pusat Bowling ini ditutup sepenuhnya. Insya Allah, jika tiada apa-apa halangan, Pusat Boling ini akan dibuka semula dengan Jenama Yang Baru dan Pengurusan Baharu.


FADHILAH SOLAT TARAWIH SETIAP MALAM

 FADHILAH SOLAT TARAWIH SETIAP MALAM

fadhilah solat tarawih

Solat tarawih memiliki banyak keutamaan atau fadhilah. Allah akan mengampuni dosa dan memberikan banyak imbalan kepada hambanya yang rajin dan ikhlas menjalankan solat tarawih di setiap malam bulan ramadan. Melewatkan satu malam saja kita kana merasa sangat rugi. Berikut ini adalah fadhilah yang didapatkan oleh seseorang yang melaksanakan solat tarawih setiap malamnya dan berdasarkan hadis Ali bin Abi Thalib RA ini kita mengetahui bahawa pada setiap fadhilah tarawih setiap malam berbeza-beza :

1. Pada malam pertama fadhilah yang didapat adalah dosa-dosa orang mukmin akan dikeluarkan sebagaimana ia baru keluar dari perut ibunya.

2. Pada malam kedua disebutkan bahawa Allah akan mengampuni dosa-dosa orang mukmin yang melaksanakan solat tarawih dan dosa kedua orang tuanya selama orang tua orang tersebut adalah orang mukmin atau beriman kepada Allah SWT

3. Pada malam ketiga para malaikat  akan memanggil dari bawah Arasy dan memanjatkan doa agar Allah mengampuni dosanya di masa lalu.

4. Pada malam keempat orang mukmin yang melaksanakan tarawih akan mendapatkan pahala seperti membaca kitab Zabur, Taurat, Injil maupun Al Qur’an

5. Pada malam kelima disebutkan bahawa Orang mukmin akan diberi pahala seperti orang yang solat di Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa’.

6. Pada malam keenam Allah akan memberikan pahala kepada orang mukmin yang bertarawih seperti orang yang melakukan thawaf di Baitul Ma’mur. Para batu dan pasir juga akan memohonkan ampun baginya

7. Pada malam ketujuh, fadhilah yang didapat dinilai sama seperti saat Nabi Musa AS bertemu Allah SWT dan kemudian Allah menolongnya dari kejahatan Fir’aun dan Haman.

8. Pada malam kelapan, Allah memberikan keutamaan pada orang yang beribadah seperti yang Ia berikan pada Nabi Ibrahim AS

9. Pada malam kesembilan disebutkan bahawa fadhilah yang didapat sama dengan ibadah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW

10. Pada malam kesepuluh orang mukmin akan dicukupi rezekinya baik di dunia maupun diakhirat

11. Pada malam kesebelas disebutkan bahawa Allah akan mengeluarkan dirinya dari dunia kelak seperti keluar dari perut ibunya dan bersih dari dosa.

12. Pada malam kedua belas, orang mukmin yang solat tarawih akan datang di hari kiamat dengan wajah yang bersinar cerah seperti sinar rambulan

13. Pada malam ketiga belas, orang mukmin akan datang di hari kiamat dengan keadaan bersih dan diselamatkan dari segala macam keburukan.

14. Pada malam keempat belas, orang yang melaksanakan solat tarawih akan disaksikan oleh malaikat dan mereka akan bersaksi di hari kiamat kelak sehingga orang mukmin tersebut tidak akan dihisab pada hari kiamat.

15. Pada malam kelima belas disebutkan bahawa malaikat yang menanggung Arasy akan memohonkan rahmat bagi orang mukmin yang melaksanakan solat tarawih.

16. Pada malam keenam belas, Allah akan menjamin orang mukmin segala keselamatan dari api neraka dan Allah akan menjamin surga baginya.

17. Pada malam ketujuh belas, Allah memberikan pahala sebagaimana yang diberikan pada nabi Allah SWT

18. Pada malam kelapan belas, Allah akan memanggil para malaikat dan menyatakan bahawa Allah telah redha atas orang mukmin dan kedua orang tuanya.

19. Pada malam kesembilan belas, Allah menjanjikan surga firdaus pada orang mukmin yang melakukan solat tarawih

20. Pada malam kedua puluh, Allah akan memberikan pahala seperti pahala orang yang mati syahid atau para syuhada dan orang-orang soleh lainnya.

21. Pada malam kedua puluh satu, disebutkan bahawa fadhilah yang didapat adalah Allah akan membangun sebauh gedung dari cahaya di surga kelak.

22. Pada malam kedua puluh dua, orang mukmin yang melaksanakan solat tarawih akan datang di hari kiamat dengan keadaan selamat dan tidak ditimpa kebingungan atau kesusahan.

23. Pada malam kedua puluh tiga, orang mukmin akan didirikan sebuah kota untuknya disurga

24. Pada malam kedua puluh empat, Allah akan mengabulkan ke dua puluh empat doa yang dipanjatkan oleh orang mukmin.

25. Pada malam kedua puluh lima, Allah akan mengampuni dosanya dan mengangkat azab kubur darinya

26. Pada malam kedua puluh enam, disebutkan bahwa Allah akan mengangkat pahalanya selama empat puluh tahun.

27. Pada malam kedua puluh tujuh, orang mukmin yang melaksanakan solat tarawih akan diberi kemampuan untuk melewati titian shiratul mustaqim seperti kecepatan kilat yang menyambar.

28. Pada malam kedua puluh lapan, Allah akan mengangkat darjat orang mukmin sebanyak seribu darjat di akhirat kelak.

29. Pada malam kedua puluh sembilan, Allah akan memberikan pahala bagi orang mukmin yang solat tarawih sebanyak pahala seribu haji makbul

30. Pada malam ketiga puluh, disebutkan bahawa Allah akan berseru pada hambanya “ wahai hamba ku makanlah buah – buahan surga dan mandilah dengan air Salsabil dan minumlah dari air Kautsar, Aku adalah tuhan mu dan engkau adalah hamba Ku.

Demikianlah fadhilah solat tarawih yang boleh kita dapat dari melaksanakan solat tarawih. Solat tarawih tentu akan menambah nilai ibadah puasa kita dibulan Ramadan meskipun hukumnya sunnah dan tidak mempengaruhi puasa kita (baca hukum puasa tanpa solat tarawih). Agar kita boleh melaksanakan ibadah puasa dengan lancar di bulan Ramadan semak juga tips-tips yang bermanfaat dalam menjalankan ibadah puasa seperti tips persiapan menjelang Ramadan, persiapan puasa menurut Islam, tips agar kuat , berpuasa, tips agar puasa lancar dan tips puasa sambil bekerja. Semoga bermanfaat.

SELAMAT BERPUASA 2023/1444H

 SELAMAT BERPUASA 2023/1444H

Menjelang kehadiran bulan Ramadan Al Mubarak bagi tahun 2023 Masihi bersamaan 1444 Hijrah pastinya akan mengubati kerinduan orang-orang mukmin yang merindui Ramadhan.


Marhaban Ya Ramadan
Bulan suci penuh keberkatan telah tiba
Saatnya untuk lebih mendekatkan diri pada Nya
Menjauhi keburukan
Memperbanyakkan ibadah
Dengan segala kerendahan hati.

Mohon maaf sebarang kesilapan dan kesalahan

Selamat menunaikan Ibadah Puasa


BERITA MENGEJUTKAN

PERKHABARAN MENGEJUTKAN

Hari ini mendapat berita yang mengejutkan, seorang rakan sekerja semasa saya bertugas di SK Kayan Sitiawan Perak, Cikgu Rafidah binti Hashim telah kembali ke Rahmatullah pada 5.45 pagi 19 Mac 2023 bersamaan 26 Syaaban 1444H. 

Alharmumah Cikgu Rafidah binti Hashim
Almarhumah Cikgu Rafidah Binti Hashim


‎إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهَ رَاجِعُوْنَ
“Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.”

🤲🏻 Ya Allah Ya Tuhanku
ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai pengganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarga kami, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.... 
Aamin Ya Robbal Aalamiin🤲 
Mohon semua doakan dan sedekahkan Al Fatihah . 
Al-fatihah (dibaca)
‎ بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين
🤲🏻Alhamdulillah semua dah selesai n dipermudahkan segala urusan . Terima Kasih diatas segala ucapan takziah.


MEMERLUKAN KARPET SURAU

MEMERLUKAN KARPET SURAU AL-ITTIHAD TAMAN KIARA

surau taman kiara

BANTUAN WAKAF KARPET SURAU  Al ITTIHAD,TAMAN KIARA RAMADAN 1444H 

*Ayuh Bersama 

Langkah Bersama Mencari RedhaNya

Assalamualaikum WBT Sahabat2 Yang Dirahmati Allah SWT.

Alhamdulillah, hari ini kita sudah memasuki bulan Sya'ban. Hanya berbaki kurang daripada 13 hari sahaja lagi, kita akan bertemu dengan bulan Ramadan, bulan penuh keberkatan.

Marilah kita sama-sama terus berdoa ke hadrat Allah SWT agar kita semua diberi kesempatan untuk menjadi Tetamu Ramadan 1444H.

Pihak Surau ingin memasang karpet pada bahagian kiri Jemaah lelaki dan tempat solat perempuan. Kos Keseluruhan adalah  RM5000. 

Bahagian Kiri Jemaah Lelaki

Ruang Solat Jemaah Wanita

Jadi pihak Surau membuka peluang untuk jemaah Taman Kiara, ahli keluarga Dan rakan-rakan untuk menginfakkan dan mewaqafkan sumbangan untuk pemasangan karpet.

Ayuh Sahabat-sahabat, rebut peluang dan janji dari Ayat-ayat Allah SWT ini, untuk menggandakan amalan di bulan Ramadan pada tahun ini dengan amalan infaq dan wakaf.

Segala perhatian dan sumbangan sahabat-sahabat semua didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Semoga segala keazaman dan usaha kita utk mengimarahkan bulan Ramadan 1444H ini, Allah SWT akan membalasnya dengan ganjaran yang lumayan di dunia dan di Akhirat. Semoga Ramadan tahun ini akan menjadi Ramadan yang terbaik buat kita semua.

Allahumma Aamiin.

NOTA UTK PENDERMA:

Sahabat-sahabat yang ingin menyumbang utk pemasangan karpet ini, akaun seperti berikut:

SURAU TAMAN KIARA (BANK ISLAM) 08059020275040.
(atas nama sumbangan karpet) 

Disamping itu, mohon sahabat2 maklumkan info sumbangan kepada ahli keluarga dan rakan kenalan terdekat

Sekian, terima kasih.



ASAM JAWA

 INI DIA ASAM JAWA ORIGINAL

asam jawa

Gambar di atas adalah asam atau orang panggil asam jawa. Ia datang dari pokok asam. Ketika muda buahnya berwarna hijau. Kemudian bertukar kepada warna coklat bila sudah tua. Di antara dari asam muda ke asam tua ini, ada satu peringkat di panggil asam mengapur. Mengapir kerana isinya berwarna putih macam kapur. Bila kita toreh kulit hijaunya, kita akan nampak isi yang berwarna putih. Pada waktu ini, ia sedap dimakan begitu saja. Rasanya manis kemasam-masaman. 

Bila sudah tua, ia mudah luruh bila ditiup angin atau digoncang pokoknya. Asam yang luruh ini dikutip dan dijemur sehingga betul-betul kering. Kemudia kulitnya dikupas dan bijinya dibuang. Maka jadilah asam jawa original dari kampung.






PEMANDANGAN SAWAH PADI DI KEDAH

PEMANDANGAN SAWAH PADI DI KEDAH

Pemandangan sawah padi di Kedah selepas musim menuai. Suatu ketika dahulu, jerami ini di bakar, TETAPI sekarang jerami ini digulung dan dijual atau dibuat makanan ternakan seperti lembu. Suasana yang menarik. Nampak seperti di luar negara.

jerami padi




KISAH PAHLAWAN CANGKUL

 Pahlawan Cangkul

pak malau

Kenapa Pak Malau memegang cangkul tu? Kisah bermula sebelum Hari Sukan sekolah Tahun 2022. Bila lori menghantar khemah masuk ke padang untuk memasang khemah. Pada ketika itu musim hujan. Padang sering basah dan bertakung air.

Dijadikan cerita, lori tersebut lalu kawasan yang tanahnya agak lembut, maka tinggallah kesan taya lori yang berlubang dan menakung air ketika hujan. Ketika raptai Hari Sukan, murid-murid terganggu dengan lopak air yang dihasilkan oleh tayar lori tadi. Maka dengan penuh semangat, saya mengambil cangkul dan mengcakar tanah untuk menutup lopak iar tersebut.

Itulah kisah kenapa tetiba Pak Malau pegang cangkul di padang.



SUKAN SEKOLAH

 SUKAN SEKOLAH

SUKAN SKKDSK

Zaman persekolahan, bila sebut sahaja SUKAN SEKOLAH, semua orang suka. Tak tahu kenapa? Acara sukan sekolah merupakan acara WAJIB yang perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah. 
Kebiasaan orang lebih suka menyebut SUKAN SEKOLAH, hakikatnya acara yang dipertandingkan merupakan acara OLAHRAGA iaitu melibatkan acara PADANG dan acara BALAPAN.

Contoh Acara Padang bagi sekolah rendah:-

1. Lompat Jauh
2. Lompat Tinggi
3. Lontar Peluru

Acara balapan pulak ialah
1. Lari 100 meter
2. Lari 200 meter
3. Lari bergaanti-ganti 4 X 100 meter
4. Lari berganti-ganti 4 X 200 meter

Acara ini dikhususkan untuk murid Tahap 2, manakala murid Tahap 1 dan Prasekolah biasanya mereka akan bertanding dalam acara SUKANEKA. Acara ini diwujudkan supaya memberi peluang kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam SUKAN SEKOLAH. 

Acara yang paling meriah ketika pembukaan, iaitu perarakan rumah-rumah yang mengambil bahagian. Guru-guru akan menghias murid-murid mereka dengan pelbagai hiasan yang sangat menarik.

Rumah sukan ini biasanya diwakili oleh RUMAH MERAH, RUMAH BIRU, RUMAH HIJAU dan RUMAH KUNING. Ada sekolah yang ramai murid, mereka akan tambah satu lagi rumah seperti rumah UNGU. Walaupun pelbagai nama rumah diberikan seperti mengikut nama pendekar HANG JEBAT atau HANG TUAH, kadang-kadang mengikut nama planet seperti MARIKH, ZUHAL dan pelbagai lagi nama rumah, TETAPI murid-murid lebih mesra menyebut rumah mengikut warna iaitu MERAH, BIRU, KUNING atau HIJAU.

rumah merah
RUMAH MERAH


rumah kuning
RUMAH KUNING


rumah biru
RUMAH BIRU


rumah hijau
RUMAH HIJAU

POPULAR

Editors' Spotlight

KEJOHANAN MEMANAH MSSD MANJUNG SR 2023

KEJOHANAN MEMANAH MSSD MANJUNG SEKOLAH RENDAH 2023 Selasa 20 Jun 2023, Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah Daerah Manjung kategori Sekola...