YOUTUBE PAK MALAU

YOUTUBE PAK MALAU
CHANNEL YOUTUBE PAK MALAU

PAGES

BERITA MENGEJUTKAN

PERKHABARAN MENGEJUTKAN

Hari ini mendapat berita yang mengejutkan, seorang rakan sekerja semasa saya bertugas di SK Kayan Sitiawan Perak, Cikgu Rafidah binti Hashim telah kembali ke Rahmatullah pada 5.45 pagi 19 Mac 2023 bersamaan 26 Syaaban 1444H. 

Alharmumah Cikgu Rafidah binti Hashim
Almarhumah Cikgu Rafidah Binti Hashim


‎إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهَ رَاجِعُوْنَ
“Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.”

🤲🏻 Ya Allah Ya Tuhanku
ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai pengganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarga kami, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.... 
Aamin Ya Robbal Aalamiin🤲 
Mohon semua doakan dan sedekahkan Al Fatihah . 
Al-fatihah (dibaca)
‎ بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين
🤲🏻Alhamdulillah semua dah selesai n dipermudahkan segala urusan . Terima Kasih diatas segala ucapan takziah.


MEMERLUKAN KARPET SURAU

MEMERLUKAN KARPET SURAU AL-ITTIHAD TAMAN KIARA

surau taman kiara

BANTUAN WAKAF KARPET SURAU  Al ITTIHAD,TAMAN KIARA RAMADAN 1444H 

*Ayuh Bersama 

Langkah Bersama Mencari RedhaNya

Assalamualaikum WBT Sahabat2 Yang Dirahmati Allah SWT.

Alhamdulillah, hari ini kita sudah memasuki bulan Sya'ban. Hanya berbaki kurang daripada 13 hari sahaja lagi, kita akan bertemu dengan bulan Ramadan, bulan penuh keberkatan.

Marilah kita sama-sama terus berdoa ke hadrat Allah SWT agar kita semua diberi kesempatan untuk menjadi Tetamu Ramadan 1444H.

Pihak Surau ingin memasang karpet pada bahagian kiri Jemaah lelaki dan tempat solat perempuan. Kos Keseluruhan adalah  RM5000. 

Bahagian Kiri Jemaah Lelaki

Ruang Solat Jemaah Wanita

Jadi pihak Surau membuka peluang untuk jemaah Taman Kiara, ahli keluarga Dan rakan-rakan untuk menginfakkan dan mewaqafkan sumbangan untuk pemasangan karpet.

Ayuh Sahabat-sahabat, rebut peluang dan janji dari Ayat-ayat Allah SWT ini, untuk menggandakan amalan di bulan Ramadan pada tahun ini dengan amalan infaq dan wakaf.

Segala perhatian dan sumbangan sahabat-sahabat semua didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Semoga segala keazaman dan usaha kita utk mengimarahkan bulan Ramadan 1444H ini, Allah SWT akan membalasnya dengan ganjaran yang lumayan di dunia dan di Akhirat. Semoga Ramadan tahun ini akan menjadi Ramadan yang terbaik buat kita semua.

Allahumma Aamiin.

NOTA UTK PENDERMA:

Sahabat-sahabat yang ingin menyumbang utk pemasangan karpet ini, akaun seperti berikut:

SURAU TAMAN KIARA (BANK ISLAM) 08059020275040.
(atas nama sumbangan karpet) 

Disamping itu, mohon sahabat2 maklumkan info sumbangan kepada ahli keluarga dan rakan kenalan terdekat

Sekian, terima kasih.



ASAM JAWA

 INI DIA ASAM JAWA ORIGINAL

asam jawa

Gambar di atas adalah asam atau orang panggil asam jawa. Ia datang dari pokok asam. Ketika muda buahnya berwarna hijau. Kemudian bertukar kepada warna coklat bila sudah tua. Di antara dari asam muda ke asam tua ini, ada satu peringkat di panggil asam mengapur. Mengapir kerana isinya berwarna putih macam kapur. Bila kita toreh kulit hijaunya, kita akan nampak isi yang berwarna putih. Pada waktu ini, ia sedap dimakan begitu saja. Rasanya manis kemasam-masaman. 

Bila sudah tua, ia mudah luruh bila ditiup angin atau digoncang pokoknya. Asam yang luruh ini dikutip dan dijemur sehingga betul-betul kering. Kemudia kulitnya dikupas dan bijinya dibuang. Maka jadilah asam jawa original dari kampung.






PEMANDANGAN SAWAH PADI DI KEDAH

PEMANDANGAN SAWAH PADI DI KEDAH

Pemandangan sawah padi di Kedah selepas musim menuai. Suatu ketika dahulu, jerami ini di bakar, TETAPI sekarang jerami ini digulung dan dijual atau dibuat makanan ternakan seperti lembu. Suasana yang menarik. Nampak seperti di luar negara.

jerami padi




KISAH PAHLAWAN CANGKUL

 Pahlawan Cangkul

pak malau

Kenapa Pak Malau memegang cangkul tu? Kisah bermula sebelum Hari Sukan sekolah Tahun 2022. Bila lori menghantar khemah masuk ke padang untuk memasang khemah. Pada ketika itu musim hujan. Padang sering basah dan bertakung air.

Dijadikan cerita, lori tersebut lalu kawasan yang tanahnya agak lembut, maka tinggallah kesan taya lori yang berlubang dan menakung air ketika hujan. Ketika raptai Hari Sukan, murid-murid terganggu dengan lopak air yang dihasilkan oleh tayar lori tadi. Maka dengan penuh semangat, saya mengambil cangkul dan mengcakar tanah untuk menutup lopak iar tersebut.

Itulah kisah kenapa tetiba Pak Malau pegang cangkul di padang.



SUKAN SEKOLAH

 SUKAN SEKOLAH

SUKAN SKKDSK

Zaman persekolahan, bila sebut sahaja SUKAN SEKOLAH, semua orang suka. Tak tahu kenapa? Acara sukan sekolah merupakan acara WAJIB yang perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah. 
Kebiasaan orang lebih suka menyebut SUKAN SEKOLAH, hakikatnya acara yang dipertandingkan merupakan acara OLAHRAGA iaitu melibatkan acara PADANG dan acara BALAPAN.

Contoh Acara Padang bagi sekolah rendah:-

1. Lompat Jauh
2. Lompat Tinggi
3. Lontar Peluru

Acara balapan pulak ialah
1. Lari 100 meter
2. Lari 200 meter
3. Lari bergaanti-ganti 4 X 100 meter
4. Lari berganti-ganti 4 X 200 meter

Acara ini dikhususkan untuk murid Tahap 2, manakala murid Tahap 1 dan Prasekolah biasanya mereka akan bertanding dalam acara SUKANEKA. Acara ini diwujudkan supaya memberi peluang kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam SUKAN SEKOLAH. 

Acara yang paling meriah ketika pembukaan, iaitu perarakan rumah-rumah yang mengambil bahagian. Guru-guru akan menghias murid-murid mereka dengan pelbagai hiasan yang sangat menarik.

Rumah sukan ini biasanya diwakili oleh RUMAH MERAH, RUMAH BIRU, RUMAH HIJAU dan RUMAH KUNING. Ada sekolah yang ramai murid, mereka akan tambah satu lagi rumah seperti rumah UNGU. Walaupun pelbagai nama rumah diberikan seperti mengikut nama pendekar HANG JEBAT atau HANG TUAH, kadang-kadang mengikut nama planet seperti MARIKH, ZUHAL dan pelbagai lagi nama rumah, TETAPI murid-murid lebih mesra menyebut rumah mengikut warna iaitu MERAH, BIRU, KUNING atau HIJAU.

rumah merah
RUMAH MERAH


rumah kuning
RUMAH KUNING


rumah biru
RUMAH BIRU


rumah hijau
RUMAH HIJAU

JENIS CORE DALAM BOLA BOWLING

 JENIS CORE DALAM BOLA BOWLING

Contoh CORE yang terdapat dalam bowling ball (bola boling). Ini merupakan sebahagian sahaja. Jenis, bentuk dan saiz core ini bergantung kepada sesuatu jenama bola. Lain jenama bola, lain core nya dan bentuknya. 









GETAH GELANG GANTI PEMADAM

 APA GUNA GETAH GELAG INI

Getah gelang ini selain daripada untuk mengikat barang atau bungkusan, ia juga sering digunakan sebagai lastik. Melastik cicak atau lastik burung dan sebagainya.

getah gelang
Getah Gelang

Bagi anda yang berusia, yang bersekolah zaman 70an atau 80an, anda pasti ingat. Nostalgia lama bila pemadam tiada getah inilah sebagai ganti alat pemadam. Getah ini diikat pada pensel dan digunakan untuk memadam tulisan. Walaupun pada masa itu pemadam cuma 10 sen, tetapi ini yang menjadi kesukaan.


Getah diikat pada pensel


Digunakan untuk memadam kesalahan.







YAB DATO' SERI ANWAR IBRAHIM PM 10

 YAB DATO' SERI ANWAR IBRAHIM PM 10

Setinggi-tinggi Tahniah kepada YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim atas pelantikan sebagai PERDANA MENTERI MALAYSIA ke-10 pada 24 November 2022 yang lalu. 







AKADEMI YOUTUBER AYU MASUK TV

 AKADEMI YOUTUBER AYU MASUK TV


Hari ini sejarah tercipta

Temuramah Khas bersama pengasas Akademi Youtuber, Cikgu Suffi dan juga Ketua Jurulatih Akademi Youtuber Malaysia, Cikgu Zuly Rahimie di Selamat Pagi Malaysia.

Hampir 3 tahun berlalu.. Sejak Julai 2020.

Kami #AdikBeradikAYU dari #akademiyoutuber  mengembara dalam PKP / PDPR menghasilkan puluhan ribu video tanpa paksaan. Natijahnya, lebih 20 ribu video ini membantu guru-guru se Malaysia untuk melaksanakan PDPR dengan lebih mudah.

Kelas tuisyen juga diadakan secara percuma dari pentas streamyard. Bergilir mengikut subject. Masih berjalan sehingga ke hari ini.

Pelbagai Anugerah dan pencapaian Inovasi berjaya diraih dengan membawa logo AYU.

Pagi ini, 2 figura hebat dan penting dalam Akademi Youtuber AYU  bersiaran di TV1 dalam Segmen Selamat Pagi Malaysia.


Tahniah YM Cikgu Suffi dan YU Cikgu Zuly.






POPULAR

Editors' Spotlight

KEJOHANAN MEMANAH MSSD MANJUNG SR 2023

KEJOHANAN MEMANAH MSSD MANJUNG SEKOLAH RENDAH 2023 Selasa 20 Jun 2023, Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah Daerah Manjung kategori Sekola...