YOUTUBE PAK MALAU

YOUTUBE PAK MALAU
CHANNEL YOUTUBE PAK MALAU

PAGES

TUGASAN PROJEK PPG BM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

TUGASAN PROJEK PPG BM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Mata pelajaran ini menjelaskan dan menghuraikan kandungan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran bahasa Melayu sekolah rendah yang merangkumi aspek falsafah, objektif dan organisasi kandungan, kemahiran-kemahiran bahasa (mendengar dan bertutur, membaca dan menulis), konsep 5P, pengisian kurikulum, kemahiran bernilai tambah dan sistem bahasa.

Hasil pembelajaran:
1.  menghuraikan dan menjelaskan falsafah, objektif dan organisasi kandungan 5P bahasa melayu SR.
2.  menjelaskan HSP dan aras pembelajaran mengikut tahap.
3.  Menganalisis dan menghuraikan hasil pembelajaran kemahiran-kemahiran bahasa.
4.  Menganalisis dan mengaplikasi pengisian kurikulum dan kemahiran bernilai tambah dalam langkah pengajaran bahasa melayu SR.

bagi melaksanakan tugasan ini, secara individu anda dikehendaki:
1.  mencari, mengumpul dan memproses maklumat tentang sukatan pelajaran bahasa melayu dan huraian sukatan pelajaran bahasa melayu SR.
2.  mencari, mengumpul dan memproses bahan tentang konsep 5P.
3.  mencari, mengumpul dan memproses bahan tentang konsep penggabungjalinan.
4.  menyediakan RPH.

Format penghasilan tugasan:
1.  Tugasan ini dilaksanakn secara individu.
2.  hasil tugasan ditaip menggunakan Arial, font 12 dan dengan langkauan 1 1/2.
3.  Sumber rujukan dinyatakan mengikut format APA yang betul.
4.  Rajah, jadual dan gambar hendaklah dilabelkan, dinomborkan dan dimasukkan ke dalam senarai lampiran (jika berkaitan).
5.  Bahagian kulit luar tugasan hendaklah dilengkapkan dengan maklumat yang berikut:

  • nama pelajar
  • angka giliran
  • nombor kad pengenalan
  • kumpulan / unit
  • kod mata pelajaran
  • nama pensyarah pembimbing
  • tarikh serahan

No comments:

Post a Comment

POPULAR

Editors' Spotlight

KEJOHANAN MEMANAH MSSD MANJUNG SR 2023

KEJOHANAN MEMANAH MSSD MANJUNG SEKOLAH RENDAH 2023 Selasa 20 Jun 2023, Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah Daerah Manjung kategori Sekola...