FENOMENA GERHANA MATAHARI SEPARA
Jabatan Agama Islam Perak telah mengeluarkan Makluman dan Hebahan tentang Fenomena Gerhana Matahari Separa dan Solat Sunat Gerhana oleh Masjid dan Surau seluruh Negeri Perak.
Fenomena Gerhana Matahari Separa ini akan berlaku pada hari Khamis 29 Ramadan 1444H bersamaan 20 April 2023M bermula jam 11:13 pagi dan berakhir pada jam 12:42 tengah hari.
Sehubungan itu semua masjid, surau diri Jumaat dan surau di Negeri Perak adalah disarankan untuk melaksanakan Solat Sunat Gerhana Matahari (Khusuf) antara jam 11:13 am dan berakhir pada jam 12:42 pm. Umat Islam juga digalakkan melaksanakan perkara-perkara sunat yang lain seperti memperbanyakkan sedekah, beristighfar, bertasbih, bertakbir dan lain-lain lagi ketika berlaku gerhana ini.
Saranan pelaksanaan ibadah tersebut adalah seperti berikut:-
- Melihat gerhana
- Solat Sunat Gerhana (secara berjemaah atau berseorangan)
- Membaca khutbah (bagi yang melaksanakan secara berjemaah).