Penjawat Awam Terima Gaji, Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 14 April.
"Saya terima banyak permohonan, 17 (April) ke atas itu terlalu suntuk untuk membuat persiapan Hari Raya. Jadi kita awalkan, selewat-lewatnya 14 April kita selesaikan," katanya selepas menghadiri sesi penyampaian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di Bank Simpanan Nasional Cawangan Meru Raya, hari ini.
Terdahulu CUEPACS mencadangkan supaya tarikh pembayaran gaji kepada penjawat awam diawalkan kepada 14 April ini. Presidennya Datuk Adnan Mat berkata ia bagi membolehkan penjawat awam membeli barangan untuk persediaan Aidilfitri yang dijangka disambut pada 22 April ini.
Dan saya berharap BKKA ini dibayar bersama GAJI bulan APRIL 2023 iaitu pada 14 April 2023 nanti. Sama-sama kita doakan.
#MalaysiaMADANI
Malaysia MADANI |
No comments:
Post a Comment