YOUTUBE PAK MALAU

YOUTUBE PAK MALAU
CHANNEL YOUTUBE PAK MALAU

PAGES

KEMAHIRAN BERBAHASA

KEMAHIRAN BERBAHASA


1.  Definisi
            Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan ‘kemahiran’ bermaksud kepandaian atau kecekapan seseorang individu. Manakala ‘berbahasa’ pula membawa maksud  mempunyai bahasa , menggunakan bahasa, bercakap dalam sesuatu bahasa. Maka definisi Kemahiran Berbahasa boleh disimpulkan sebagai sesuatu kebolehan atau kepandaian seseorang individu itu berbahasa (bertutur) dalam suatu bahasa.
Kemahiran berbahasa juga merupakan satu kemahiran atau  kecekapan seseorang untuk menerima dan mentafsir maklumat melalu pendengaran, pertuturan, pembacaan dan penulisan. Lazimnya seseorang yang mahir berbahasa ialah orang yang pendengaran dan pertuturannya baik.
            Kemahiran mendengar pula bolehlah ditakrifkan sebagai satu proses yang melibatkan dua peringkat kemahiran iaitu menerima dan membezakan bunyi dan memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti perkataan, frasa dan ayat. Pemahaman tentang bunyi bahasa itu bergantung kepada pengetahuan, pengalaman budaya dan sikap pendengar. Untuk memahami bahasa, seseorang itu perlu mempunyai tiga unsur iaitu pengatahuan sedia ada pada pendengar, pengetahuan tentang situasi berlaku pertuturan yang didengar dan pengetahuan tentang sistem bahasa.
            Apabila ketiga-tiga unsur ini ada, maka seseorang itu akan memahami bunyi bahasa yang didengar dengan lebih senang. Proses mendengar adalah satu proses yang aktif. Si pendengar mesti mengenal pasti dan mengetahui makna bunyi bahasa. Selain itu, pendengar juga memilih dan menyimpan apa yang difahami dalam ingatannya. Ini menunjukkan mendengar adalah suatu proses yang aktif kerana berlaku tindak balas selepas mendengar.
            kemahiran bertutur boleh ditakrif kan sebagai satu proses komunikasi yang kompleks yang melibatkan proses mental yang merangsang alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna. bagi menguatkan maksud pertuturan, seseorang perlu menggunakan unsur linguistik seperti intonasi, nada, tekanan, sebutan dan jeda yang sesuai.
            Bertutur merupakan satu cara berkomunikasai yang paling tua, paling mudah dan murah serta cepat untuk dipelajari. Lazimnya kedua-dua kemahiran mendengar dan bertutur ini saling memerlukan. Jika salah satunya tidak dapat dikuasai seperti kecacatan alat pendengaran, maka seseorang itu tidak akan dapat bertutur.
            Membaca boleh diertikan sebagai satu perlakuan mendapatkan maklumat melalui lambang-lambang bertulis atau bercetak. Aktiviti membaca melibatkan dua proses iaitu menterjemah lambang bertulis atau bercetak kepada bunyi bahasa dan mendapatkan maklumat atau makna daripada bunyi-bunyi yang disuarakan. Membaca juga melibatkan proses mekanis dan mental.
            Untuk menjadi pembaca yang efektif, seseorang itu perlu dapat menyebut perkataan dengan betul dan lancar serta mengetahui makna perkataan yang dibaca. Walau bagaimanapun, dalam proses membaca, aspek penyebutan kurang penting berbanding dengan keupayaan berfikir, merasai dan membayangkan serta memahami apa yang dibaca. Melalui proses tersebut, pembaca dapat memahami isi maklumat, penerangan atau mesej yang hendak disampaikan.
            Menulis boleh ditakrifkan sebagai satu proses pembentukan simbol-simbol tulisan dalam bahasa. Kemahiran menulis berkait rapat dengan kebolehan murid menulis dalam bentuk tulisan yang terang, jelas dan lengkap. Ia juga merangkumi kebolehan menggunakan ayat dan penggunaan tanda baca yang betul bagi menyampaikan sesuatu maksud.
        
2.  Konsep
            Seperti yang telah dijelaskan dalam definisi tadi, kemahiran berbahasa merujuk kepada kepandaian atau kebolehan seseorang berbahasa. Kemahiran berbahasa juga meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Konsep kemahiran berbahasa ini ialah keupayaan seseorang atau beberapa orang berkomunikasi atau berinteraksi bagi menyampaikan idea, pandangan, mahupun pendapat dalam percakapan dan pertuturan.
            Dalam konteks ini, kemahiran mendengar adalah proses yang melibatkan aktiviti pemerolehan maklumat, manakala kemahiran bertutur pula melibatkan proses menjana dan menghasilkan penghasilan maklumat. Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik sangat penting dalam kehidupan seharian. Ini bermakna, seseorang pendengar yang baik dapat memahami dan memproses maklumat yang didengarnya dalam sesuatu interaksi. Begitu juga seorang penutur yang baik dapat menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan berkesan dalam interaksi itu.
            Konsep kemahiran membaca pula merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera kritis dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan.
            Konsep kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas.
            N. Chomsky berpendapat bahawa manusia dilahirkan bersama peranti pemerolehan bahasa (Language Acquisition Device) LAD. Alat ini menyebabkan manusia mempunyai kebolehan semula jadi untuk menguasai bahasa. Beliau juga menggambarkan bagaimana kemahiran berbahasa itu berlaku melalui rajah perikalu Chomsky. Dalam rajah perilaku ini, menunjukkan konsep kemahiran berbahasa melalui pertuturan dan pendengaran.
            Rajah tersebut menunjukkan bagaimana seseorang yang bertutur dengan kecekapan bahasa yang baik menghantar ayat-ayat (data-data) kepada pendengar. Pendengar akan menerima dan mentafsir ayat-ayat untuk difahami. Seterusnya pendengar tadi pula yang akan bertutur yakni menyampaikan data-data atau ayat-ayat kepada penutur tadi. Perlakuan ini yang boleh digambarkan sebagai satu konsep kemahiran berbahasa melalui kemahiran bertutur dan mendengar.
            Dalam kemahiran bertutur, terdapat beberapa konsep pertuturan, antaranya, pertuturan merupakan gabungan daripada bunyi-bunyi bahaa yang dilafazkan. Pertuturan juga berlaku setelah penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik apa-apa yang didengarnya. Individu banyak belajar kemahiran bertutur daripada pengalaman kecerdasan otaknya. aspek fizikal, kesihatan, kecerdasan otak, persekitaran, jantina dan tahap sosioekonomi boleh mempengaruhi tahap pertuturan kanak-kanak. kemahiran bertutur yang baik boleh dikuasai dengan memberi perhatian kepada akpek fonologi, struktur, intonasi dan penguasaan aspek bunyi yang lain.
            Kemahiran bertutur juga menekankan aspek-aspek sebutan, tekanan, mora (panjang-pendek), jeda (persendian), intonasi, nada, tatabahasa, kelancaran, kefasihan dan laras bahasa yang sesuai.
            kemahiran bertutur juga membolehkan seseorang individu atau murid menyebut dengan  jelas, menyampaikan pendapat peribadi, melaporkan peristiwa, menunjuk arah, bertemu-ramah, bertukar pendapat dan membina soalan untuk mencari maklumat.
            Kemahiran mendengar merupakan kemahiran uatam yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak sebelum mereka boleh mengujarkan perkataan atau bunyi dalam proses awal untuk bercakap. Konsepnya, kanak-kanak lazimnya akan mengajuk atau mengikut percakap ahli keluarga seperti ibu atau bapa melalui proses mendengar. Mereka akan mengajuk dan meniru daripada apa yang didengar dan dialaminya daripada oarang-orang sekeliling. Mereka akan mencuba mengungkapkan perkataan tertentu secara berulang-ulang kali sebelum sesuatu perkataan itu kekal dalam ingatan. Ini bermakna kanak-kanak yang hiduo dalam kerangka model alam persekitaran yang baik cenderung untuk menguasai kemahiran berbahasa bertutur dan mendengar yang baik.
            Melalui kemahiran mendengar, seseorang itu dapat memperoleh idea, mencari isi penting, bertindak balas, mengenal pasti perkara yang berkaitan atau tidak, mentafsir makna yang tersirat, mengenal pasti ‘mood’ penutur dan dapat mengesan pengaruh sama ada menggunakan logik atau propaganda.
            Seseorang kanak-kanak yang telah menguasai kemahiran mendengar seharusnya dapat mendengar denga baik apa saja yang dituturkan oleh orang lain kepadanya. Sehubungan dengan itu, untuk memungkinkan seseorang murid itu fasih berkomunikasi dalam bahasa yang dipelajarinya,kemahiran mendengar ini tidak sahaja perlu diajar, bahkan perlu dikuasai sebaik-baiknya diperingkat awal pengajaran bahasa sebelum kemahiran lain diajar kepada mereka. Dalam usaha merealisasikan hasrat ini, aspek-aspek pendengaran itu boleh dikonsepsikan dengan pelbagai cara iaitu gabungan bunyi bahasa yang didengar, difahami dan diingati, proses yang berlaku dipengaruhi aspek fizikal, psikologi dan neurologi, berlaku melalui latihan-latihan khas secara berperingkat-peringkat dan berpusatkan idea utama, hujah, bukti dan estetika.
            konsep kemahiran membaca, bermakna seseorang itu dapat memahami apa yang dibaca. membaca dan memahami itu saling memerlukan dan untuk mengajar kedua-duanya perlulah mengikut peringkat-peringkat supaya penguasaannya dapat berkembang dengan baik. Ianya perlu diajar daripada yang mudah kepada yang sukar. Akhirnya, murid dapat membaca secara senyap dan memahami apa yang dibaca. Dalam konteks ini bahan bacaan perlu dipelbagai dan diajar dengan menggunakan strategi, kaedah, pendekatan dan teknik yang sesuai dan berkesan.
            Kemahiran membaca dan memahami ini diajar kepada murid supaya mereka dapat bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan. Daripada kemahiran ini mereka dapat memperluaskan ilmu dan pengetahuan yang terakam dalam bahan tulisan. Bacaan juga terbahagi kepada empat jenis iaitu bacaan mekanis, membaca secara bersuara, bacaan mentalis iaitu membaca secara dalam hati. Seterusnya bacaan intensif iaitu bacaan secara mendalam bagi tujuan memperkembangkan kebolehan meneliti, memahami dan mentafsir dan bacaan ekstensif iaitu bacaan secara meluas iaitu bacaan yang dilaksanakan di luar bilik darjah.
            Membaca juga terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu yang pertamanya peringkat kesediaan membaca. Pada peringkat ini dikatakan sebagai satu peringkat menyediakan kanak-kanak dengan bacaan awal atau bacaan asas. Seterusnya peringkat prabacaan. Peringkat ini meliputi kemahiran keamatan pendengaran, kemahiran pengamatan penglihatan, aktiviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan. seterusnya mengenal abjad sehingga membaca ayat.
            Peringkat bacaan mekanis pula merupakan fasa murid menyebut hutuf, suku kata, perkataan, frasa dan ayat-ayat mudah. mereka juga boleh membatangkan perkataan-perkataan yang mempunyai suku kata terbuka dan tertutup. Peringkat bacaan dan kefahaman merupakan pelengkap kepada keperluan bacaan. Tanpa kefahaman terhadap apa yang dibaca, perlakuan bacaan itu tidak bermakna. Murid sepatutnya berupaya mengumpul maklumat dan makna daripada apa yang dibaca pada peringkat ini.
            Menulis tidak dapat dipisahkan daripada membaca, malahan saling berhubungan antara satu sama lain. Di peringkat sekolah rendah, kedua-dua kemahiran ini bermula pada tapak yang sama, iaitu mengenal huruf. Murid tidak dapat menbaca tanpa terlebih dahulu mengenal dan mengetahui huruf. Begitu juga dengan menulis. Terdapat enam peringkat dalam kemahiran menulis iaitu kemahiran mekanis, kemahiran mengeja, kemahiran memilih perkataan dan kemahiran tatabahasa, kemahiran mengumpul, memilih dan menyusun isi, kemahiran menggunakan gaya bahasa dan kemahiran membuat pertimbangan.
            Dalam KBSR dinyatakan bahawa objektif pengajaran kemahiran menulis ialah untuk membolehkan murid dapat menulis karangan dan surat kiriman yang menepati maksud dan tajuknya. Murid juga seharusnya boleh memahami dan mengisi borang-borang yang sesuai untuk keperluan seharian. Jika diteliti senarai kemahiran menulis, penekanan diberikan juga kepada tulisan yang jelas dengan menggunakan tanda baca dan ejaan yang betul.
            Kemahiran menulis dalam KBSR terbahagi kepada tiga peringkat iaitu pertamanya pratulisan. Peringkat ini melibatkan latihan pergerakan tangan, pergerakan mata serta kordinasi tangan dan mata.
            Peringkat yang kedua ialah tulisan mekanis iaitu kemahiran nenekap huruf, menulis huruf, menyalin perkataan dan ayat mudah. Setersunya peringkat Menulis dan mengarang yang dikategorikan kepada enam bahagian iaitu kemahiran menulis berkait dengan perbendaharaan kata dan ejaan, kemahiran menulis berkait dengan kefahaman, kemahiran menulis berkait dengan tanda baca, kemahiran menulis berkait dengan kemahiran belajar, kemahiran menulis berkait dengan tatabahasa dan kemahiran menulis  karangan.
            Kejayaan murid dalam penulisan terletak di tangan guru, khususnya guru bahasa. Ajaran, asuhan, didikan dan dorongan guru akan dapat mendirikan asas yang kukuh dalam perkembangan kamahiran menulis murid-murid. Guru bahasa perlu menunjukkan kepada murid sahsiah yang boleh mendorong mereka untuk maju, umpamanya bersama-sama menunjukkan minat dalam bidang penulisan. Selain itu, guru perlu bertimbang rasa, sentiasa memberi galakan dan menghargai setiap hasil penulisan murid dan tidak sekali-kali menunjukkan reaksi yang negatif terhadap kelalaian dan kesilapan murid.
            Kejayaan kemahiran menulis juga bergantung pada kuantiti latihan yang dibuat. Jika murid merasakan hasil kerjanya memuaskan, ada ganjaran, sangat dihargai oleh guru dan pembaca yang lain, minat mereka untuk menulis semakin meningkat. Seterusnya itu, latihan kerja rumah akan dibuat oleh murid atas dasar minat bukannya kerana paksa.

3.  Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pengajaran

            Amat sukar untuk membezakan antara pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran.             Pendekatan merupakan satu set andaian yang membentuk sifat bahasa serta pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Antara pendekatan pembelajaran yang ada ialah seperti pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan elektif dan pendekatan Komunikatif.
            Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul maklumat-maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan. Pendekatan deduktif pula ialah suatu pendekatan mengajar yang bermula daripada suatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang khusus. Pendekatan ini juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan.
            Pendekatan elektif pula merupakan gabungan antara pendekatan induktif dan deduktif. Seterusnya pendekatan komunikatif memberikan fokus kepada murid untuk berkomunikasi sama ada secara interpersonal atau intrapersonal bagi tujuan memenuhi keperluannya. Antara lain manusia berkomunikasi untuk menyatakan perasaan dan emosi, mencipta imaginasi, memperoleh barangan dan perkhidmatan, bertukar pandangan dan menyampaikan maklumat.
Kaedah pengajaran ialah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan
sesuatu pengajaran secara teratur, kemas, dan sistematik. Kaedah merupakan langkah-langkah pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang harus diikuti dengan sistematik bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran. Antara kaedah yang dicadangkan untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran guru ialah kaedah natural, kaedah tatabahasa terjemahan, kaedah terus, kaedah ajuk hafaz, kaedah linguistik, kaedah kod-kognitif, kaedah bahasa kominikatif , kaedah oral-aural dan kaedah fonetik linguistik.
Teknik merupakan pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah yang digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Antara teknik yang dicadangkan adalah seperti teknik drama, teknik permainan bahasa, teknik perbincangan, teknik bercerita dan teknik latih tubi.
Dalam mengajar kemahiran berbahasa, kita terlebih dahulu digalakkan mengajar kemahiran lisan iaitu kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. Kemahiran lisan mendengar dan bertutur ini perlu diajar serentak, berurutan dan menyaling dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, guru boleh memberi perhatian mengenai kemahiran yang hendak diajar di dalam bilik darjah, merancang dan memilih aktiviti yang sesuai mengenainya. Dengan  berbuat  demikian  guru  boleh menentukan  fokus  utama  pengajarannya  sama  ada  menguasai  menguasai kemahiran  mendengar  atau  bertutur.    Paling  penting  semasa  mengajar  aktiviti mendengar,  guru  sebenarnya  juga  mengajar  kemahiran  bertutur.  Sehubungan dengannya,  tidak  terdapat  perbezaan  yang  jelas  antara  strategi  pe ngajaran mendengar  dan  bertutur  itu,  bahkan  aktiviti  yang  dilaksanakan  itu  kerap  kali meliputi kedua-dua aspek kemahiran lisan tersebut.
Antara pendekatan yang sesuai untuk mengajar kemahiran berbahasa mendengar dan bertutur ini ialah pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif. Pendekatan situasi
ialah proses  pengajaran  dan  pembelajaran  yang diperkenalkan oleh Mackey (1965), antara lain menegaskan bahawa pernyataan lisan  itu  merangkumi  semua  unsur  kefahaman  mendengar  dan  penggunaan unsur-unsur  bunyi  bahasa  yang  betul  dalam  pola,  nada  dan  intonasi  tertentu.
Pendekatan situasi  yang berlandaskan teori bahasa struktural dan teori pembelajaran behaviouris beranggapan bahawa penguasaan kemahiran lisan memerlukan seseorang penutur menguasai beberapa kemahiran kecil bagi menangkap, mengingat serta menyebut sistem bunyi dan struktur dalam sesuatu bahasa yang betul.
Mackey(1965), salah seorang penganjur pendekatan situasi, berpendapat bahawa pernyataan lisan bukan sahaja merangkumi semua unsur kefahaman mendengar serta penggunaan unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola-pola nada dan intonasi yang betul tetapi juga merangkumi pemilohan kata-kata dan unsur-unsur infleksi serta penyusunan unsur-unsur tersebut dengan betul supaya tergambar makna yang betul.
Pendekatan situasi  yang berlandaskan teori bahasa struktural dan teori pembelajaran behaviouris beranggapan bahawa penguasaan kemahiran lisan memerlukan seseorang penutur menguasai beberapa kemahiran kecil bagi menangkap, mengingat serta menyebut sistem bunyi dan struktur dalam sesuatu bahasa yang betul.
Pendekatan in berpendapat bahawa pengajaran kemahiran mestilah  berlandaskan prinsip pengajaran yang memerlukan usaha guru yang banyak. Tiap-tiap gerak balas yang betul perlu diteguhkan supaya gerak balas itu diulangi lagi. Murid-murid tidak boleh bertutur dengan lancar kalau mereka hanya mendengar pertuturan orang lain sahaja. Jadi, beri mereka peluang mereka untuk bertutur.
            Pengajaran bertutur juga perlu dimulakan dari peringkat awal pengajaran bahasa untuk mendorong minat murid-murid belajar bahasa. Jika pengajaran kemahiran bertutur ini diajar pada peringkat lanjutan, iaitusetelah murid menguasai bahasa yang betul akan terganggu. Hal ini kerana murid telah pun membentuk kelaziman sebutan bahasa yang salah.
            Kelaziman bertutur dalam sesuatu bahasa berbeza apabila murid-murid mempelajari bahasa kedua. Guru tidak boleh membiarkan mereka menghasilkan sebutan-sebutan bahasa sararan automatik. Sebaliknya, guru perlu memandu murid-murid secara sedar menggunakan alat-alat pertuturan mereka bagi menghasilkan sebutan bahasa yang baru mereka pelajari.
            Bagi penutur-penutur bahasa kedua, kelaziman-kelaziman bahasa pertama mereka akan mengganggu pembentukan kelaziman bahasa yang baru. Oleh itu, guru perlu melatih tubi murid-murid tersebut supaya dapat menghasilkan sebutan-sebutan yang betul. Penggunaan pita rakaman juga dapat membantu guru-guru melatih tubi murid-murid dalam latihan pertuturan.
            Dalam pendekatan situasi, kita boleh menjalankan aktiviti pengajaran kemahiran bertutur seperti latih tubi bagi melatih murid menguasai bahasa, sebutan dan pola yang digunakan oleh guru. Mulakan dengan penyebutan guru, kemudian murid meniru dan mengulangi sebutan tersebut.  Sekiranya murid masih bermasalah dengan sebutan tersebut, murid harus ulanginya lagi.
Latih tubi meliputi penyebutan ayat, frasa, perkataan, suku kata dan bunyi-bunyi fonem yang diambil dibahagian dialog kemudian dibaca oleh murid.Pasangan perkataan yang mempunyai  perbezaan yang paling kecil tetapi dapat menghasilkan makna digunakan. Contohnya daki dengan laki, tari dengan lari,  dan malu dengan balu.
Dialog atau perbualan juga merupakan bahan yang sering digunakan dalam latihan lisan.Bahagian-bahagian dialog akan dilatih tubi oleh guru sebelum guru dapat menyuruh murid meniru dan menghafal dialog. Aktiviti nyanyian juga dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran lisan kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut rentak, nada yang betul.
Aktiviti seterusnya ialah latihan pandang dan sebut. Dalam aktiviti ini, gambar-gambar boleh digunakan bagi menghasilkan pertuturan.Latihan pandang dan sebut merupakan latih tubi bertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang dimasukkan dalam teks latihan.Sebagai contoh carta bergambar,  bahagian filem dan slaid juga boleh digunakan sebagai alat peruturan. Semua alat digunakan supaya murid-murid dapat menghasilkan pertuturan yang baik.
Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan.Penglibatan murid dalam permainan telah memberi lebih peluang kepada mereka untuk  memperolehi latihan intensif. Pembelajaran akan lebih bermakna
Kebanyakan aktiviti yang dijalankan dalam permainan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Permainan bahasa dapat menimbulkan situasi pembelajaran yang menggembirakan murid. Guru dapat memupuk semangat bersaing di antara murid-murid. Dapat menanamkan semangat kerjasama antara ahli kumpulan.
Guru juga dapat melatih murid-murid untuk mengaktifkan kecekapaan bahasa mereka serta mengembangkan penguasaan keempat-empat kemahiran bahasa.
Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu, merangsang interaksi verbal pelajar, menambah kefasihan dan keyakinan, menyediakan konteks pembelajaran, bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan, bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan
            Tujuan teknik permainan bahasa dalam pendekatan pengajaran kemahiran berbahasa adalah untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran bahasa yang selesa dan menggembirakan. Membolehkan murid-murid menggunakan bahasa sebagai alat perantaraan semasa bermain. Meneguhkan penggunaan unsur-unsur bahasa tertentu tanpa disedari oleh murid-murid. Mewujudkan situsi sosial yang sihat bagi membolehkan murid berinteraksi dengan rakan sebaya mereka. Mendorong minat murid untuk berkerjasama bagi menjayakan sesuatu tugas yang diberi. Antara permainan yang boleh dijalankan ialah, permainan yang berasaskan pemerhatian atau ingatan, permainan yang berasaskan huraian atau meneka, permainan yang berasaskan interaksi kumpulan atau individu, permainan kad dan permainan dam.
Pendekatan  komunikatif  cuba  m engatasi  masalah  pengajaran  bertutur  yang
terdapat  dalam  pendekatan  situasi. Melalui  pendekatan  ini,  penguasaan
kemahiran  bertutur  bukan  sahaja  meliputi  penguasaan  kemahiran  kecil  untuk
menanggap,  mengingati,  menyebut  sistem  bunyi  dan  struktur  dalam  sesuatu
bahasa,  tetapi  kemahiran  ini  juga  merangkumi  kebolehan  untuk  menggunakan
unsur-unsur  tersebut dengan tepat dan sempurna dalam sesuatu interaksi bahasa.  Ini bermakna, pendekatan komunikatif menegaskan bahawa kemahiran bertutur  merangkumi  kecekapan  menggunakan  unsur-unsur  bahasa  yang terkandung  dalam  kemahiran  bertutur  tersebut  serta  kecekapan  berkomunikasi dalam sesuatu interaksi atau komunikasi bahasa.
Untuk memastikan kemahiran bertutur itu bukan sahaja  meliputi  kecekapan bahasa tetapi juga kecekapan berkomunikasi,  pendekatan  komunikatif mencadangkan bahawa  pengajaran bertutur mestilah berlandaskan prinsip kemahiran bertutur melibatkan  murid menguasai kecekapan berbahasa dan  menggunakannya dalam konteks penggunaan bahasa yang sebenarnya Dengan  demikian,  kedua-dua kecekapan itu perlu diajarkan dalam pelajaran bertutur.
Prinsip kedua pendekatan komunikatif ialah, guru perlu mendorong murid  berinteraksi dengan rakan-rakan  mereka.  Justeru,  komunikasi  sebagai  objektif  kemahiran  bertutur perlu menjadi objektif  dalam proses pengajaran dan pembelajaran
guru dalam bilik darjah.
 Prinsip ketiga ialah pembelajaran  kemahiran  bertutur  melibatkan  proses  kognitif , sehubungan dengannya guru perlu mendedahkan  murid  kepada pelbagai  situasi formal dan tidak formal dalam  pengajaran dan pembelajaran  kemahiran  mendengar  dan  bertutur.  Dengan demikian,  murid  dapat  menggunakan  berbagai-bagai  strategi komunikasi  yang  sesuai  dengan  situasi  bertutur  tersebut. 
Pendedahan yang begini dapat melatih murid memikir  dan menggunakan berbagai-bagai bentuk bahasa, bentuk paralinguistik dan bukan linguistik bagi menyampaikan  mesej  mereka  dengan lebih berkesan.
Prinsip keempat ialah, guru  perlu membentuk hubungan yang positif antara  kalangan murid dengan guru. Dengan ini, terbentuklah persekitaran pembelajaran  yang boleh mendorong  murid untuk bertutur dengan lebih selesa, yakin dan berkesan.
Prinsip seterusnya menggambarkan sesuatu aktiviti bertutur dapat terlaksana dengan lebih berjaya jika murid mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang  perkara yang dibincangkan. Dengan  demikian guru perlu mendedahkan murid  kepada  pengalaman dan pengetahuan itu melalui alat bantu mengajar, lawatan, keratan akhbar,  bahan bacaan dan bahan rakaman menjadi semakin perlu.
Sebenarnya, terdapat persamaan pendekatan  situasi dan komunikatif dalam
pengajaran  kemahiran  bertutur. Kedua-dua  pendekatan  ini  menggambarkan
dalam pengajaran kemahiran bertutur, guru perlu memberi latihan kepada murid-murid  menggunakan  unsur-bunyi bunyi dan struktur bahasa terlebih dahulu sebelum  menyuruh  murid melaksanakan  sesuatu aktiviti melibatkan  kemahiran bertutur. Tanpa latihan daripada guru, murid-murid tidak akan dapat menguasai kemahiran  berbahasa  iaitu bertutur dengan menggunakan bahasa yang  tepat dan berkesan. 
            Kemahiran berbahasa mendengar dan bertutur dapat diajar melalui dua pendekatan yang sesuai iaitu pendekatan situasi yang mementingkan penyebutan unsur-unsur bunyi dan pendekatan komunikatif yang mengutamakan kecekapan komunikasi iaitu ketepatan penggunaan bahasa dalam interaksi pertuturan. Berikut merupakan kaedah pengajaran yang dicadangkan berdasarkan sama ada pendekatan situasi mahupun pendekatan komunukatif.
Pertamanya ialah kaedah terus iaitu murid-murid dapat mempelajari bahasa dengan cara mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan kemudian melibatkan diri dalam perbualan tersebut. hal ini berlaku sebagaimana kanak-kanak belajar bahasa ibunda mereka, iaitu dengan cara mendengar, meniru dan mengulangi perlakuan bahasa yang mereka dengari sehinggalah mereka dapat membentuk satu kelaziman dalam bahasa.
Pengajaran mendengar dan bertutur melalui kaedah terus ini memperlihatkan beberapa ciri yang ketara, antaranya ialah murid digalakan memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan konteks penggunaan bahasa tersebut. sekiranya murid gagal juga memahami perkataan dan frasa yang sukar tersebut, guru akan menghuraikan makan dengan menggunakan bahasa sasaran, lukisan, lakoan, gerak laku dan lain-lain.
Dalam kaedah ini, aspek tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dan contoh-contoh yang sesuai. Kaedah ini juga melatih murid membuat kesimpulan terhadap bentuk-bentuk struktur yang dipelajari secara induktif dan guru bahasa perlu menggunakan pengetahuan linguistik bagi mengajar sebutan dan intonasi yang betul.
Berdasarkan ciri-ciri kaedah terus yang dinyatakan di atas, guru bolehlah mengambil langkah-langkah pengajaran dengan memperdengarkan kepada murid perbualan mudah melalui media elektronik terbebih dahulu yang mengandungi ayat-ayat yang sempurna. kemudian melatih murid dengan teks atau dialog yang diberi. Guru boleh menggunakan teknik latih tubi bagi memastikan murid dapat menguasai sebutan dan intonasi serta dapat menyerapkan peraturan nahu yang terdapat pada pola-pola ayat dalam perbualan tersebut.
Kelebihan kaedah terus ini murid boleh menguasai kemahiran bertutur dengan
baik . Mereka juga terlibat secara aktif dalam  pertuturan. Kaedah ini dianggap berjaya, jika murid dapat mempraktik atau menggunakan kemahiran  berbahasa yang diajarkan itu di luar bilik darjah.
Kelemahan kaedah terus terletak pada bahan pengajarannya.  Bahan-bahan pengajaran yang digunakan oleh guru dalam kaedah ini merupakan bahan yang boleh dihafaz ataupun bahan perbualan yang telah ditetapkan. Bahan -bahan seperti  ini  mungkin  tidak sesuai digunakan dalam situasi perbualan yang lazim digunakan dalam sesuatu masyarakat.
Kaedah  fonetik  atau linguistik ini serupa dengan kaedah terus kerana mementingkan penggunaan  bahasa  dalam  konteksnya  daripada  keperluan  menghafaz  rumus-rumus  bahasa ataupun menghuraikan  ayat-ayat  secara pencilan. Sehubungan dengannya, guru terlebih dahulu, perlu memastikan penggunaan latih tubi unsur-unsur  bahasa  dalam  aktiviti  bertutur  itu  dikuasai  sebaik-baiknya  oleh  murid sebelum mereka dibenarkan  membaca bahan dalam konteks  bahasa yang dipelajari  itu. Bahan-bahan yang digunakan  dalam  pengajaran dipilih dan disusun  mengikut  prinsip-prinsip yang terdapat  dalam  ilmu  linguistik. Justeru, ketika  memilih  perkataan,  kaedah  ini  mendahulukan  perkataan  yang  hampir-hampir sama bunyi daripada kedua-dua bahasa yang dibandingkan itu seperti ‘coffee’ dan kopi dan ‘bicycle’ dan basikal.
Manakala pemilihan ayat-ayat  pula dilakukan  berdasarkan  bentuk  yang  sama juga seperti ‘ I go to school’ saya pergi ke sekolah.  Dengan  demikian  murid  boleh memahami  dan bertutur dalam bahasa sasaran dengan  menggunakan sebutan  yang  baik. Guru bolehlah merancang pengajarannya seperti menyebut bunyi perkataan-perkataan dalam bahasa sasaran, murid dilatih tubi menyebut bunyi-bunyi tersebut, memberi contoh-contoh struktur ayat atau unsur-unsur tatabahasa dan murid membuat kesimpulan berdasarkan contoh-contoh yang diberi oleh guru.
Seterusnya kaedah audio-lingual. Kaedah  ini menggunakan  alat-alat rakaman bagi tujuan memudahkan  murid  menjalankan  latihan  bahasa, khasnya  latihan bertutur secara intensif.  Kaedah pengajaran ini berlandaskan prinsip-prinsip bahasa adalah alat pertuturan bukan penulisan. Bahasa juga merupakan satu kebiasaan atau kelaziman. Murid  mestilah diajar untuk menggunakan  bahasa  bukan  dajar tentang pengetahuan bahasa. Bahasa ialah apa yang dituturkan oleh penutur natif. Bahasa juga berbeza antara satu sama lain.
Berdasarkan  prinsip tersebut, kaedah ini mementingkan aspek pertuturan. 
Kaedah ini juga beranggapan bahawa  pengajaran kemahiran bertutur merupakan  proses  untuk  membentuk  kelaziman  pertuturan  murid. Dengan demikian, kaedah ini mengutamakan penggunaan bahasa justeru  bahan sama ada yang digunakan atau diperdengarkan perlu  mengambil contoh bahasa yang dipertuturkan oleh  penutur  natif  bahasa berkenaan.  Pun demikian, unsur-unsur bahasa  asing  yang  berbeza  dengan  bahasa  natif  akan dilatihtubikan secara intensif  supaya  murid  dapat  membiasakan  dirinya  dengan  kemahiran  bahasa berkenaan dengan lebih mudah.   Di samping itu, kaedah ini juga membolehkan murid  memahami  kebudayaan  asing  melalui  amalan  bahasa,  iaitu  melalui kemahiran  bertutur.  Untuk  memastikan  kaedah  ini  berjaya  dilaksanakan,  guru boleh mengatur langkah-langkah pengajarannya seperti murid mendengar dialog dalam bahasa asing. Murid meniru dan menghafal dialog yang diberi atau diperdengarkan. Setelah menguasai sebutan, murid dilatih tubi untuk berdialog. Apabila murid telah dapat menghasilkan struktur ayat, guru memberi rumus-rumus atau pun peraturan struktur ayat yang dipelajari itu.
Kaedah  ini  berjaya  menghasilkan  murid  yang  mahir  dalam  kemahiran  bertutur.  Kaedah  ini  juga  dianggap  sesuai  dengan  kanak-kanak  kerana  mereka  suka meniru dan menghafaz.  Walau bagaimanapun, murid sukar untuk menggunakan
bahasa  dalam  konteks  yang  sebenar  kerana  situasi  penggunaan  bahasa
tersebut tidak sama dengan dialog-dialog yang dihafaz. 
Kaedah  pengajaran  kemahiran  berbahasa  memerlukan  guru  merancang
prosedur  atau  cara  untuk  menyampaikan  isi  kandungan  pelajaran  dalam  bilik
darjah. Apabila  seseorang  guru  memilih  dan  menentukan  langkah-langkah
pengajaran, cara  penyampaian  isi  kandungan  pelajaran dan bahan bantu mengajar yang sesuai, bermakna guru tersebut sedang memilih dan menentukan teknik  pengajaran yang paling  sesuai. Meskipun  setiap pendekatan dan kaedah mempunyai  teknik  pengajaran  yang  tertentu,  seseorang  guru  boleh menggabungkan beberapa teknik pengajaran sesuai sebagai strategi pengajaran kemahiran bahasa yang dipercayainya paling berkesan.
            Sebenarnya,  terdapat banyak  teknik  pengajaran kemahiran  bertutur  yang boleh digunakan  oleh  guru  untuk  mengajar  murid  bertutur  dengan  fasih,  lancar  dan tepat.  Antaranya ialah teknik latih tubi, bercerita, soal jawab, perbualan, dialog, perbincangan, perbahasan, main peranan dan simulasi, sumbangsaran, drama, melapor cerita, permainan bahasa, penyelesaian masalah dan tunjuk cara.
            Teknik pengajaran kemahiran berbahasa boleh dipraktik di dalam bilik darjah melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran. Dalam teknik, pelbagai aktiviti yang boleh digunakan semasa proses mengajar kemahiran berbahasa dalam bilik darjah. Antara teknik yang boleh dijalankan ialah teknik latih tubi. Latih tubi sebutan dijalankan untuk melatih murid menguasai bunyi-bunyi bahasa, sebutan dan pola ayat berdasarkan bahagian-bahagian dialog/perbualan yang akan ditiru dan dihafaz oleh murid.
            Latih  tubi  penyebutan bunyi ini juga meliputi latih tubi menyebut bunyi  fonem dalam  perkataan  yang  mungkin  menimbulkan  masalah  sebutan, dan pasangan minimal yang boleh menghasilkan makna yang berbeza seperti ‘daki’ dan ‘laki’. Latih tubi pemintal lidah bertujuan untuk  melatih murid-murid menyebut sesuatu bunyi  itu dengan betul dan tepat. Biasanya latih tubi  jenis ini mengandungi bunyi-bunyi  yang menjadi  masalah kepada  murid. Misalnya, kelemahan  menyebut fonem /p/  seperti ayat ‘pandang pandan tepi pagar depan padang’.
Teknik nyanyian menggunakan seni kata lagu sebagai  bahan untuk ditiru dan dihafaz  oleh murid-murid.  Aktiviti  nyanyian  dapat  membantu murid  menguasai  kemahiran bertutur kerana  menyanyi  memerlukan  penyebutan  bunyi-bunyi  dengan  betul,  mengikut rentak dan nada yang tertentu.
Teknik pandang dan sebut menggunakan gambar-gambar  sebagai bahan  rangsangan untuk menghasilkan  pertuturan. Latihan pandang dan sebut merupakan  latih  tubi bertutur  dengan  menggunakan  gambar-gambar  yang  dimasukkan dalam  teks latihan. Di  samping  itu, kad  imbasan bergambar, carta  bergambar, bahagian
filem dan slaid sering juga digunakan.
            Teknik interaksi sosial menfokuskan kepada penggunaan bahasa yang sesuai dalam konteks sosiol/situasi tertentu. Ia dilaksanakan dalam bilik darjah berbentuk perbualan, perbincangan, simulasi dan lakonan. Sebaik-baiknya aktiviti ini di susun dari peringkat mudah kepada peringkat yang lebih mencabar.
            Kesimpulannya antara pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran berbahasa adalah sangat rapat dan saling berkaitan terutamanya kemahiran lisan mendengar dan bertutur. Kesemua unsur unsur yang dinyatakan tidak terpisah malah ia kelihatan berinteraksi, selaras dan menyaling. Oleh itu, perancangan yang baik dan lengkap untuk menggunakan unsur-unsur ini akan menghasilkan satu pengajaran yang bermutu serta pembelajaran yang berkesan.

PRINSIP ISLAM KHADARI

PRINSIP ISLAM KHADARI

Prinsip islam hadhari dan bagaimana hendak diaplikasikan ditempat kerja.

Jawapan-

Pengenalan

Islam Hadhari memberi tekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta pembangunan fizikal.

Prinsip

I. Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah
Bagi orang Islam pendekatan Islam Hadhari meletakkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah sebagai teras utamanya. al-qur’an dan sunnah Rasulullah S.A.W sebagai teras pegangan dan rujukannya. Gabungan kemantapan akidah (kepercayaan), syariah (perundangan), akhlak, moral dan nilai-nilai murni adalah teras perancangan dan pelaksanaan pembangunan diri dan pengurusan sistem untuk mencapai umat yang berkualiti dan negara yang cemerlang.

II. Kerajaan adil dan beramanah
Adil adalah memberi yang hak kepada yang berhak akan haknya, mengikut kadar masing-masing

III. Rakyat berjiwa merdeka
Salah satu prinsip utama pendekatan Islam Hadhari ialah mewujudkan rakyat yang berjiwa merdeka. Antara ciri jiwa merdeka ialah berfikiran kreatif dan inovatif. Masyarakat yang berjiwa merdeka dapat melahirkan buah fikiran yang dinamik dan positif sehingga mampu melahirkan idea-idea baru yang bermanfaat bagi memartabatkan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

IV. Penguasaan ilmu pengetahuan
Kemampuan menguasai ilmu pengetahuan secara intergratif boleh menjadikan kita memiliki kekuatan pengetahuan yang pelbagai dan semasa supaya kecemerlangan intelektual dapat dikembangkan, kekuatan peribadi dapat ditampilkan dan ketangkasan jasmani dapat dibangunkan. Proses ini perlu bagi melahirkan insan seimbang dan harmonis seperti yang terdapat dalam matlamat Falsafah Pendidikan Negara kita.

V. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif
Dalam usaha untuk memajukan negara, aspek ekonomi turut sama diberi keutamaan oleh Islam. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif memberikan satu pendekatan yang menggabungkan kepada usaha memantapkan amalan ekonomi yang berakhlak dengan kemampuan melaksanakan aktiviti ekonomi secara berkesan sesuai dengan perkembangan ekonomi di dalam negara dan diperingkat antarabangsa.

VI. Kehidupan berkualiti
Islam pada permulaannya memberi tumpuan yang penting kepada pencapaian kehidupan masyarakat secara berkualiti. Mencapai tahap kehidupan yang tinggi dalam kesemua aspek keperluan adalah matlamat utama agama. Bahkan Islam menuntut semoga setiap individu berusaha menguasai ilmu dan kemampuan untuk berjaya dalam kehidupan di dunia. Kehidupan akhirat adalah hasil daripada kemampuan individu melaksanakan kehidupan yang berkualiti dari kesemua aspek termasuk aspek kerohanian, fizikal dan material.

VII. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita
Pendekatan pendidikan Islam Hadhari memberi kemuliaan insan itu diberikan kepada setiap individu tanpa diskriminasi, sama ada sebagai kumpulan majoriti atau minoriti. Hak-hak mereka dijamin oleh undang-undang negara. Jaminan tersebut meliputi nyawa, agama, harta, kehormatan dan akal. Dalam Islam ia terkandung dalam matlamat pesyariatan syariat Islam (Maqasid as-Syariah). Oleh itu tidak boleh berlaku penafian hak-hak tersebut atau alasan menjadi kumpulan kecil atau perbezaan jantina. Penafian dan halangan ke atas hak-hak tersebut adalah salah dari segi undang-undang

VIII. Keutuhan budaya dan moral
Satu daripada perinsip ketamadunan sesuatu bangsa dan negara ialah wujudnya keutuhan budaya dan ketinggian moral sebagai identiti negara tersebut. Dalam rangka meningkatkan kemajuan negara Malaysia, kepelbagaian budaya dan agama perlu dipertahankan berasaskan sistem nilai dan akhlak yang kukuh, murni dan luhur. Penghayatan nilai-nilai akhlak yang mutlak dan tinggi akan menjamin kesejahteraan, keharmonian dan keamanan dalam masyarakat majmuk. Ia juga akan menjadikan bangsa itu terhormat dan disegani.

IX. Pemeliharaan alam semula jadi
Kehidupan manusia tidak terbatas hanya kepada hubungan sesama manusia, tetapi juga hubungan manusia dengan alam persekitaran. Kesejahteraan yang dinikmati oleh manusia adalah akibat daripada kehidupan yang sejahtera antara sesama manusia dengan alam tabii. Dalam proses pembangunan, manusia mempunyai kecenderungan untuk menguasai dan mengekploitasi alam tabii secara berlebihan dengan menggunakan sains dan teknologi. Natijahnya, keseimbangan alam semula jadi tidak dapat dikekalkan. Peristiwa tanah runtuh, banjir kilat, pemanasan global, ribut taufan, hujan asid, pencemaran udara, air dan darat, kepupusan tanaman, habitat dan sebagainya semuanya menyumbang kepada ketidakstabilan eko-sistem yang dilakukan oleh aktiviti manusia. Di peringkat antarabangsa beberapa deklarasi mengenai alam sekitar telah pun dilaksanakan oleh UNDP untuk memastikan pembangunan yang lestari. Deklarasi Reo De Janerio (1993) dan Protokol Kyoto (1997) merupakan antara dua deklarasi di mana Malaysia turut menandatanganinya. Malaysia sendiri telah mengadakan Deklarasi Langkawi untuk memastikan pembangunan negara secara lestari dan mesra alam.Untuk mengatasi semua ini alam sekitar perlu ditadbir urus melalui kaedah dan pendekatan yang lebih seimbang dan menyeluruh. Pembangunan insan yang berteraskan kepada kehidupan yang berteraskan nilai-nilai murni agama, bertanggungjawab dengan alam, membangun alam secara terancang perlulah diberi penekanan yang bersungguh-sungguh. Pembangunan sains dan teknologi yang berteraskan kepada ajaran agama dan nilai budaya perlu diterapkan kepada seluruh peringkat masyarakat. Penyelidikan dan pemantauan terhadap alam tabii perlu dilakukan secara berterusan agar pembangunan yang dijalankan tidak mendatangkan risiko yang tinggi kepada kehidupan sejagat.

Adalah menjadi pendekatan Islam Hadhari agar kehidupan manusia menjadi harmoni dengan alam sekitar dan persekitarannya disamping berusaha untuk terus maju.

X. Kekuatan pertahanan
Islam Hadhari melihat pertahanan bukan sahaja isu-isu yang meliputi kekuatan ketenteraan dan persenjataan, malah ia merangkumi kekuatan diri, fizikal dan spritual.Bangsa yang maju memerlukan umat yang dapat mempertahankan diri dan negara dari dicerobohi. Untuk itu mereka perlu memiliki kekuatan ketenteraan yang terkini bagi tujuan mempertahankan diri dan negara dan bukan untuk menyerang dan menguasai bangsa dan negara lain.

Kekuatan pertahanan akan menjamin kestabilan, keamanan dan keselamatan negara yang membolehkan proses pembangunan dilakukan secara berterusan.

Perubahan suasana politik dunia global masa kini dan tekanan serta penghinaan yang dihadapi oleh sebahagian umat manusia menuntut kita menguasai kekuatan ketenteraan dan keupayaan mempertahankan diri. Negara perlu diperlengkapkan dengan rancangan serta program jangka panjang untuk menyemai rasa hak dan tanggungjawab membela kemuliaan maruah diri, bangsa dan negara. Pendekatan Islam Hadhari akan berusaha memperkasakan umat supaya mereka berupaya menghadapi cabaran dunia semasa.

Kesimpulan

Amatlah penting umat Islam dipimpin memahami dan menghayati Islam sebagai sistem kehidupan menyeluruh untuk menggerakkan pembinaan satu tamadun. Kehidupan menyeluruh yang bijak mengimbangkan tanggungjawab dunia dengan tanggungjawab akhirat. Islam bukanlah satu ritual kerana ritualisme memberi tumpuan kepada akhirat semata-mata. Kerajaan juga tidak pernah bersifat sekularisme yang menolak akhirat dan memberi tumpuan kepada dunia semata-mata. Islam mestilah dihayati sebagai sistem yang mengintegrasikan kehidupan duniawi dan persiapan ukhrawi. 

Sumber: http://islamhadhari.net

TAMAT KURSUS KEJURULATIHAN BOWLING

TAMAT KURSUS KEJURULATIHAN BOWLING

Seramai 35 orang guru Negeri Perak telah menamatkan Kursus Kejurulatihan dan kepegawaian Boling Tenpin MSS Perak 2011.


Petikah: Berita Harian Metro 15 Disember 2011.

KURSUS JURULATIH TENPIN BOLING TAHAP 1

KURSUS JURULATIH TENPIN BOLING TAHAP 1

Saya diberi peluang untuk mengikuti Kursus Asas Kejurulatihan Boling Tenpin Peringkatan Kebangsaan. Setiap negeri menghantar 2 orang wakil guru untuk kursus ini. Ini merupakan pendedahan pertama saya dalam dunia sukan bowling.
Alhamdulilan telah mendapat satu ilmu yang akan dimanfaatkan untuk anak didik dalam sukan boling tenpin ini.


16 HINGGA 21 OKTOBER DI HOTEL SERI MALAYSIA IPOH DAN AMPANG SUPER BOWL IPOH. PESERTA TERDIRI DARIPADA SELURUH MALAYSIA.

TOKOH TOKOH TAMADUN ISLAM

TOKOH TOKOH TAMADUN ISLAM

Ibnu Khaldun (Abd Rahman Abu Zaid Wahiyuddin b Khaldun Al Maliki Al Khadrami)
Hakim Mahkamah Raja di Mesir, pakar dalam Sosiologi, Pendidikan, Keagamaan, Undang-Undang dan Falsafah.

Ibnu Sina ( Abu Ali Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina) Lahir 370H (980M) umur 10 thn Hafiz Al Quran, 16 thn bljr Ilmu Perubatan. terkenal dalam perubatan bila sembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas Al Samani. Terbit Al Qanun fi al Tibb dan buku An Najjah.

Al Farabi (Abu NAsr Muhammad bin Muhammad Tarkhan Al Uzdog) lahir 257H (870M). terulung dalam bidang falsafah. pemain muzik yang handal. cipta gambus.

Ibn Rushd ( Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad) lahir di sepanyol 1126M. Sumbangan dlm falsafah dan ilmu logik, perubatan, kemasyarakatan.terjemah buku Aristotle.

Al Khawarizmi (Muhammad Ibn Musa Al Khawarizmi) Hidup 780M-850M Tokoh dalam Matematik - sistem nombor, Astronomi- falaq. Sumbangan Matematik (nombor), Al Jabar (tanda dan huruf yang mewakili nombor) Geometri (teorem segitiga) Trigometri dan Astronomi.

Jabir Ibn Haiyan - kimia dan perubatan

Ibn Bajjah - Ilmuan/sasterawan/ahli muzik/pemain gambus/hafiz

Al RAzi - perubatan

Ibn Haitham - penyelidikan tentang cahaya/prinsip isipadu udara/temui graviti

TEORI KECERDASAN PELBAGAI OLEH HOWARD GARDNER 1983

TEORI KECERDASAN PELBAGAI OLEH HOWARD GARDNER 1983

1.  Kinestetik - budak-budak yang suka bergerak...tak reti duduk diam..suka main.

2.  Interpersonal - mersa..mudah mendapat kawan..boleh bekerjasama dengan org lain.

3.  Intrapersonal - tahu menilai diri..tahu keupayaan diri

4.  Logik Matematik - budak ni byk guna otak kiri...cekap mengira

5.  Muzik - budak ni suka belajar dgn nyanyi...suruh baca kurang..suruh nyanyi mesti pandai..siap hafaz lirik lg.

6.  Verbal Linguistik - petah bercakap...jenis ni suka dgr cikgu berleter...byk cakap pon tak pa.

7.  Visual Ruang - minat jenis reka cipta...menbuat sesuatu...melukis..kalu bljr ..ckg tunjuk video dia suka..gambar kaa..atau benda maujud.

8.  Naturalis - budak ni kalu ckg bawak bljr kat bwh pokok..dia suka..suka pada flora dan fauna.

ALAT BERFIKIR OLEH EDWARD DE BONO

ALAT BERFIKIR OLEH EDWARD DE BONO

1. Pengurusan Grafik
2. Peta Minda
3. CoRT

 7 Teknik Asas CoRT

1.  PMI  (plus, minus, intresting) meluaskan fikiran tentang sesuatu situasi.
2.  CAF ( consider, all, factors) meninjau semua aspek situasi dengan lengkap.
3.  C&S ( consequence & sequel) mejangka apa yang berlaku selepas sesuatu cadangan dijalankan.
4.  AGO  (aims, goals, objectives) sentiasa tumpukan perhatian terhadap tujuan asal supaya matlamat tercapai.
5.  FIP  (first, important, priotities)  mengambilkira perkara yang penting, elakkan perkara yang tidak utama.
6.  APC  (alternatives, possibilities, choices)  memikirkan perkara yang serentak, elakkan perkara yang sehala.
7.  OPV  (other, people's, views) mengambilkira pandangan orang lain sebelum membuat keputusan.



POPULAR

Editors' Spotlight

KEJOHANAN MEMANAH MSSD MANJUNG SR 2023

KEJOHANAN MEMANAH MSSD MANJUNG SEKOLAH RENDAH 2023 Selasa 20 Jun 2023, Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah Daerah Manjung kategori Sekola...