YOUTUBE PAK MALAU

YOUTUBE PAK MALAU
CHANNEL YOUTUBE PAK MALAU

PAGES

TEATER BERCERITA

TEATER BERCERITA

Apakah Teater Bercerita?

Teater bercerita ialah satu bentuk drama naratif yang berbentuk cerita yang dilakonkan secara spontan. Teater bercerita menggabungkan pelakon dan pencerita pada masa yang sama. Pencerita akan bercerita, manakala pelakon akan melakonkan aksi atau perkara yang diceritakan oleh pencerita itu. Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu untuk dibaca dan dihayati. Aktiviti ini boleh mendidik pelajar untuk bertutur dengan intonasi yang betul. Murid lain boleh mencatat maklumat berdasarkan arahan guru.Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

Objektif Teater Bercerita

 1. Melatih murid-murid dengan kemahiran mendengar, bertutur, pemahaman dan mengarang.
2. Menambah perbendaharaan kata murid.
3.  memperbaiki dan memperkayakan penguasaan murid dalam bahasa
4. mengasah bakat lakonan murid
5. memupuk sikap kerjasama di kalangan murid-murid
6. Berhibur sambil belajar (Didik Hibur)
Langkah Perlaksanaan
1. Atur kedududukan murid dalam bentuk separuh bulatan.
2. Edarkan bahan cerita pada murid yang menjadi 'pencerita'
3. pencerita duduk disebelah kiri penonton dan membaca cerita
4. Apabila pencerita menyebut nama watak murid yang telah ditentukan, watak tersebut keluar melakonkan aksi seperti yang di bacakan dalam cerita dan duduk semula di tempat asal apabila selesai melakonkan situasi yang di baca oleh pencerita
5. Aktiviti di teruskan sehingga selesai cerita.
6. Guru membuat aktiviti susulan untuk membina kemahiran berbahasa.

*semua watak akan melakonkan watak secara spontan tanpa skrip. Hanya pencerita sahaja yang membaca skrip.

Kriteria pemilihan bahan

1.  cerita boleh dilakonkan
2. menepati objektif, kemahiran, dan masa
3. sesuai dengan minat dan peringkat kebolehan dan umur murid
4. mesej dan nilai positif
5. meningkatkan pemikiran daya kreatif
6. boleh merangsang murid berinteraksi.

No comments:

Post a Comment

POPULAR

Editors' Spotlight

KEJOHANAN MEMANAH MSSD MANJUNG SR 2023

KEJOHANAN MEMANAH MSSD MANJUNG SEKOLAH RENDAH 2023 Selasa 20 Jun 2023, Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah Daerah Manjung kategori Sekola...