PPG JUN 2011 BM3

Monday, 26 September 2011

BLOG



Kebelakangan ini, saya sering menerima emel yang bertanyakan tentang bagaimana nak buat laman web atau blog sendiri. Nampaknya semakin ramai yang berminat untuk menyertai dunia blog ini. Anda pun nak ikut serta? Jom! Terlebih dahulu, mari kita kenal apakah itu blog.



Apakah Itu Blog?
Blog juga adalah satu jenis laman web. Namun, berbeza dari laman web biasa, artikel-artikel baru harus sentiasa ditambah dari masa ke semasa. Ada yang menulis blog setiap minggu, dan ada juga yang menulis blog setiap hari. Dalam blog juga, pembaca boleh memberikan komen dan maklum balas terhadap hasil tulisan anda.

Mengapa Nak Buat Blog?
Tidak dapat dinafikan bahawa kini, blog lebih cepat popular berbanding laman web biasa. Jadi, lebih ramai orang yang mula untuk membuat blog dengan pelbagai tujuan, antaranya ialah:
  • Sebagai diari dan catatan harian
  • Tempat berkongsi ilmu pengetahuan
  • Berbicara hal politik
  • Sumber pendapatan, iaitu sebagai cara untuk buat duit secara online
    Mudahnya Menggunakan Blog!
    Adakah anda perlu menjadi seorang pakar IT untuk memulakan blog? Tidak sama sekali! Cukuplah jika anda pandai menaip dan menggunakan Internet, anda sudah mampu untuk memiliki sebuah blog (^_^)

No comments:

Post a Comment