PPG JUN 2011 BM3

Saturday, 30 July 2011

IBADAT PUASA

Pengertian Puasa
Takrif puasa dari segi istilah bermaksud menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat.

Dalil Wajib Puasa
Umat Islam yang mempunyai cukup syarat diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan bersandarkan dalil seperti berikut:
Al-Quran:
Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa ke atas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah mudahan kamu bertakwa."

Syarat-Syarat Wajib Puasa
1.  Islam : Tidak diwajibkan kepada orang kafir.
2.  Baligh: Tidak diwajibkan berpuasa ke atas kanak-kanak yang belum sampai umur baligh. Walau    bagaimana pun kanak-kanak di galakkan berpuasa.
3.  Berakal: Tidak di wajibkan puasa bagi orang gila.
4.  Berkemampuan: Tidak wajib berpuasa ke atas orang yang tidak berdaya berpuasa seperti orang sakit. musafir, orang tua dan sebagainya.

Syarat-Syarat Sah Puasa
1.  Islam.
2.  Berakal.
3. Suci daripada nifas dan haid.
4.  Masuk waktu puasa.
5.  Berniat pada setiap malam.
6.  Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa.

Rukun Puasa
1.  Orang yang berpuasa.
2.  Niat.
3.  Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa.





Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

No comments:

Post a Comment