PPG JUN 2011 BM3

Sunday, 31 July 2011

KERJA KURSUS MATEMATIK WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

Objektif Kerja Kursus:
1. mengenalpasti hubungan antara perwakilan konkrit, gabar dan abstrak dalam idea matematik.
2. mengilustrasikan keperluan dan cara untuk menghubungkaitkan ilmu matematik dengan mata pelajaran lain.
3. mendemontrasikan pemahaman dengan mengaplikasikan pendekatan dan strategi numerasi dalam kehidupan harian.

soalan 1.
a) dalam perkataan sendiri, huraikan apa yang anda faham dengan algoritma penambahan dan penolakan.
b) berikan satu contoh penggunaan algoritma/prosedur kertas pensel dan bahan manipulatif untuk melaksanakan pengiraan berikut:
64 - 39 =


soalan 2.
a) anda dikehendaki mereka bentuk satu teselasi saiz kertas A4 dan menerangkan bagaimana teselasi tersebut terbentuk daripada unit asasnya.
b) Anda dikehendaki membentuk model fizikal untuk dua jenis polihedrons yang berbeza.

TUGASAN PROJEK PPG BM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Mata pelajaran ini menjelaskan dan menghuraikan kandungan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran bahasa Melayu sekolah rendah yang merangkumi aspek falsafah, objektif dan organisasi kandungan, kemahiran-kemahiran bahasa (mendengar dan bertutur, membaca dan menulis), konsep 5P, pengisian kurikulum, kemahiran bernilai tambah dan sistem bahasa.

Hasil pembelajaran:
1.  menghuraikan dan menjelaskan falsafah, objektif dan organisasi kandungan 5P bahasa melayu SR.
2.  menjelaskan HSP dan aras pembelajaran mengikut tahap.
3.  Menganalisis dan menghuraikan hasil pembelajaran kemahiran-kemahiran bahasa.
4.  Menganalisis dan mengaplikasi pengisian kurikulum dan kemahiran bernilai tambah dalam langkah pengajaran bahasa melayu SR.

bagi melaksanakan tugasan ini, secara individu anda dikehendaki:
1.  mencari, mengumpul dan memproses maklumat tentang sukatan pelajaran bahasa melayu dan huraian sukatan pelajaran bahasa melayu SR.
2.  mencari, mengumpul dan memproses bahan tentang konsep 5P.
3.  mencari, mengumpul dan memproses bahan tentang konsep penggabungjalinan.
4.  menyediakan RPH.

Format penghasilan tugasan:
1.  Tugasan ini dilaksanakn secara individu.
2.  hasil tugasan ditaip menggunakan Arial, font 12 dan dengan langkauan 1 1/2.
3.  Sumber rujukan dinyatakan mengikut format APA yang betul.
4.  Rajah, jadual dan gambar hendaklah dilabelkan, dinomborkan dan dimasukkan ke dalam senarai lampiran (jika berkaitan).
5.  Bahagian kulit luar tugasan hendaklah dilengkapkan dengan maklumat yang berikut:

  • nama pelajar
  • angka giliran
  • nombor kad pengenalan
  • kumpulan / unit
  • kod mata pelajaran
  • nama pensyarah pembimbing
  • tarikh serahan

Perkara-Perkara Yang Membatalkan Puasa

1.  Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja.
2.  Memasukkan sesuatu ke dalam dubur (jalan belakang) atau qubul (jalan depan) dengan sengaja.
3.  Muntah dengan sengaja (jika termuntah tidak batal puasa).
4.  Bersetubuh dengan sengaja sekalipon tidak mengeluarkan mani.
5.  Mengeluarkan mani dengan sengaja atau dengan jalan suka-suka seperti berpeluk cium dan sebagainya.
6.  Kedatangan haid atau nifas.
7.  Gila sekalipun hanya sekejap masa.
8.  Mabuk atau pengsan sepanjang hari, dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
9.  Bersalin.
10. Murtad, iaitu orang yang keluar daripada agama Islam sama ada dengan hati, perkataan atau perbuatan.

HIKMAH PUASA

1.  Menandakan kesyukuran kepada Allah.
2.  Melatih diri dengan sifat-sifat mahmudah (terpuji seperti sabar, tabah, amanah dan sebagainya)
3.  Melatih sikap tolong menolong di antara satu sama lain.
4.  Meningkatkan kesihatan diri.
5.  Mendapat dua kegembiraan iaiatu ketika berbuka dan ketika berjumpa dengan Allah pada bari kiamat.
6.  Menjauhkan dari sifat-sifat Mazmumah (keji) seperti tamak, sombong hasad dengki dan sebagainya.

Saturday, 30 July 2011

IBADAT PUASA

Pengertian Puasa
Takrif puasa dari segi istilah bermaksud menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat.

Dalil Wajib Puasa
Umat Islam yang mempunyai cukup syarat diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan bersandarkan dalil seperti berikut:
Al-Quran:
Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa ke atas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah mudahan kamu bertakwa."

Syarat-Syarat Wajib Puasa
1.  Islam : Tidak diwajibkan kepada orang kafir.
2.  Baligh: Tidak diwajibkan berpuasa ke atas kanak-kanak yang belum sampai umur baligh. Walau    bagaimana pun kanak-kanak di galakkan berpuasa.
3.  Berakal: Tidak di wajibkan puasa bagi orang gila.
4.  Berkemampuan: Tidak wajib berpuasa ke atas orang yang tidak berdaya berpuasa seperti orang sakit. musafir, orang tua dan sebagainya.

Syarat-Syarat Sah Puasa
1.  Islam.
2.  Berakal.
3. Suci daripada nifas dan haid.
4.  Masuk waktu puasa.
5.  Berniat pada setiap malam.
6.  Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa.

Rukun Puasa
1.  Orang yang berpuasa.
2.  Niat.
3.  Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa.





Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

TAHUKAH ANDA?

5 BONUS KHAS RAMADHAN

ABU HURAIRAH R.A MERIWAYATKAN BAHAWA RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG BERMAKSUD: "UMATKU DIBERIKAN LIMA PERKARA YANG BELUM PERNAH DIBERIKAN KEPADA UMAT-UMAT TERDAHULU KETIKA RAMADHAN IAITU:"

BONUS 1
bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah.

BONUS 2
para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

BONUS 3
Allah memperindahkan syugaNya setiap hari dan berfirman: "hampir-hampir hamba-hamba Ku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu." (mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat)

BONUS 4
Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadhan.

BONUS 5
mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya)."Mengenai bonus ke lima ini ada sahabat yang bertanya kepada Baginda s.a.w: "Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam lailatulqadar?" Baginda menjawab."Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya sesuai menyelesaikan amalnya." (riwayat Ahmad)

Friday, 22 July 2011

Tak Sempat Pun


IAB Jitra juga menyediakan kemudahan gimnesium, malangnya saya tidak sempat untuk menggunakannya. Mungkin jika ada kesempatan dalam kursus-kursus yang lain saya akan dapat menggunakan kemudahan ini.

Terima Kasih Dan Penghargaan

Saya mengucapkan banyak-banyak terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pensyarah yang telah menyampaikan ilmu yang amat berguna ini. Antaranya Tuan Hj Zamri b Abu Bakar, Tuan Hj Elhammi bin Hj Ahmad, En Chi Chong Gian dan En Mohammad Nor Basri bin Sharif. Tidak dilupakan juga pengurus kursus Tn Hj Zamri bin Abu Bakar serta pihak IAB Cawangan Utara KPM Bandar Darulaman yang telah memberikan peluang kepada saya untuk berkursus di sini. Terima kasih daun keladi, lain masa berjumpa lagi.

MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL





Penyampaian sijil telaj disempurnakan oleh En Mohammad Nor Basri bin Sharif

Wednesday, 20 July 2011

HARI TERAKHIR KURSUS

Pada hari terakhir kursus peserta didedahkan dengan penggunaan Mozilla Firefoxportable. Bagaimana untuk membuat 'scrapbok' dan memasukkan laman web yang telah di'save' ke dalam pendrive. Menukarkan file video seperti flv, mp4, avi dan 3gp kepada mpeg. Memuat turun video dari youtube.

PENGINAPAN DI IAB YANG SELESA



SUASANA IAB JITRA

HARI KEDUA SESI FOTOGRAFI

IMPIAN MENJADI KENYATAAN

Tuesday, 19 July 2011

MAKANAN SEMASA KURSUS




SUASANA DI DEWAN SAJIAN
IAB CAWANGAN UTARA
Bab makan-makan ni teman tak mau la komen yang bukan-bukan, tapi makanan di sisni memang high class. Terima kasih kepada pengurus kursus dan IAB Jitra.

HARI KEDUA

PENILAIAN KURSUS ATAS TALIAN
http://www.iab.edu.my/penilaian
  


Monday, 18 July 2011

Kursus ICT Dalam Pengurusan

Kursus ini bermula dari 19 Julai - 21 Julai 2001 di Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Bandar Darulaman, Jitra, Kedah. Pada hari ini kami didedahkan bagaimana menggunakan 'printscreen' dan 'paste'kan di ms word atau ms power point. Juga salah laku dalam internet seperti membuat salinan yang tidak sah,