PPG JUN 2011 BM3

Thursday, 15 December 2011

Saturday, 26 November 2011

BOLA SEPAK MALAYSIA

Berikut pula info berkenaan dengan bulan-bulan dalam kalendar Hijrah


1.   Muharam – Ertinya yang diharamkan atau menjadi pantang larang. Dinamakan Muharam kerana pada bulan tersebut dilarang menumpahkan darah atau berperang.

2.   Safar – Ertinya kosong. Penamaan bulan ini disebabkan pada bulan ini, semua lelaki arab di zaman dahulu pergi meninggalkan rumah untuk merantau, berniaga dan berperang sehingga tempat asal mereka tiada orang lelaki.

3.   Rabiul Awal – Ertinya berasal dari perkataan Rabi’ (menetap) Awal (pertama). Masa kembalinya kaum lelaki setelah meninggalkan rumah atau pergi merantau. Pada bulan ini juga berlaku banyak peristiwa bersejarah buat umat Islam.

4.   Rabiul Akhir – Ertinya masa menetap kaum lelaki di rumah untuk tempoh penghabisan.

5.   Jamadil Awal – Ertinya Jumadi (kering) dan Awal (pertama). Bulan ini merupakan awal musim kemarau.

6.   Jamadil Akhir – Ertinya musim kemarau yang berakhir.

7.   Rejab – Ertinya mulia. Ini kerana bangsa Arab masa dahulu sangat memuliakan bulan ini dan di antaranya ialah dilarang berperang di bulan Rejab.

8.   Sya’aban – Ertinya berkelompok. Orang Arab pada bulan ini lazimnya berkelompok untuk mencari nafkah. Peristiwa penting bagi umat Islam pada bulan ini adalah pertukaran kiblat umat Islam dari Baitul Maqdis ke Kaabah (Baitullah).

9.   Ramadan – Ertinya sangat panas. Bulan ini merupakan satu-satunya bulan yang tersebut dalam Al-Quran. Satu bulan yang punyai pelbagai kelebihan dan keutamaan. Ia melambangkan kesucian dan amat penting bagi umat Islam.
10.               Syawal – Ertinya kebahagiaan. Iaitu kembalinya manusia ke dalam fitrah (kesucian) selepas menunaikan ibadah puasa dan zakat fitrah.

11.               Zulkaedah – Ertinya Zul (pemilik) dan Kaedah (duduk). Bulan ini merupakan bulan istirehat bagi kaum lelaki Arab dahulu. Mereka menikmati istirehat di rumah di bulan ini.

12.               Zulhijjah – Ertinya menunaikan haji. Bulan ini merupakan bulan untuk menunaikan ibadah haji sejak dari Zaman Nabi Adam a.s.

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1433

Wednesday, 26 October 2011

KURSUS JURULATIH TENPIN BOLING TAHAP 1

16 HINGGA 21 OKTOBER DI HOTEL SERI MALAYSIA IPOH DAN AMPANG SUPER BOWL IPOH. PESERTA TERDIRI DARIPADA SELURUH MALAYSIA.

Friday, 14 October 2011

CONTOH SOALAN

CONTOH SOALAN PPG BM 3117 UAK

Monday, 3 October 2011

TOKOH TOKOH TAMADUN ISLAM

Ibnu Khaldun (Abd Rahman Abu Zaid Wahiyuddin b Khaldun Al Maliki Al Khadrami)
Hakim Mahkamah Raja di Mesir, pakar dalam Sosiologi, Pendidikan, Keagamaan, Undang-Undang dan Falsafah.

Ibnu Sina ( Abu Ali Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina) Lahir 370H (980M) umur 10 thn Hafiz Al Quran, 16 thn bljr Ilmu Perubatan. terkenal dalam perubatan bila sembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas Al Samani. Terbit Al Qanun fi al Tibb dan buku An Najjah.

Al Farabi (Abu NAsr Muhammad bin Muhammad Tarkhan Al Uzdog) lahir 257H (870M). terulung dalam bidang falsafah. pemain muzik yang handal. cipta gambus.

Ibn Rushd ( Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad) lahir di sepanyol 1126M. Sumbangan dlm falsafah dan ilmu logik, perubatan, kemasyarakatan.terjemah buku Aristotle.

Al Khawarizmi (Muhammad Ibn Musa Al Khawarizmi) Hidup 780M-850M Tokoh dalam Matematik - sistem nombor, Astronomi- falaq. Sumbangan Matematik (nombor), Al Jabar (tanda dan huruf yang mewakili nombor) Geometri (teorem segitiga) Trigometri dan Astronomi.

Jabir Ibn Haiyan - kimia dan perubatan

Ibn Bajjah - Ilmuan/sasterawan/ahli muzik/pemain gambus/hafiz

Al RAzi - perubatan

Ibn Haitham - penyelidikan tentang cahaya/prinsip isipadu udara/temui graviti

Sunday, 2 October 2011

STRATEGI PENGAJARAN

1.  PEMUSATAN GURU
2. PEMUSATAN MURID
3. BERASASKAN SUMBER
4. BERASASKAN BAHAN

TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


  1. Teknik main peranan
  2. Teknik permainan bahasa
  3. Teknik latih tubi
  4. Teknik bercerita
  5. Teknik inkuiri
  6. Teknik perbahasan
  7. Teknik kuiz
  8. Teknik sumbangsaran
  9. Teknik soal jawab
  10. Teknik simulasi
  11. Teknik drama
  12. Teknik perbincangan
  13. Teknik forum
  14. Teknik dialog

TEORI KECERDASAN PELBAGAI OLEH HOWARD GARDNER 1983

1.  Kinestetik - budak-budak yang suka bergerak...tak reti duduk diam..suka main.

2.  Interpersonal - mersa..mudah mendapat kawan..boleh bekerjasama dengan org lain.

3.  Intrapersonal - tahu menilai diri..tahu keupayaan diri

4.  Logik Matematik - budak ni byk guna otak kiri...cekap mengira

5.  Muzik - budak ni suka belajar dgn nyanyi...suruh baca kurang..suruh nyanyi mesti pandai..siap hafaz lirik lg.

6.  Verbal Linguistik - petah bercakap...jenis ni suka dgr cikgu berleter...byk cakap pon tak pa.

7.  Visual Ruang - minat jenis reka cipta...menbuat sesuatu...melukis..kalu bljr ..ckg tunjuk video dia suka..gambar kaa..atau benda maujud.

8.  Naturalis - budak ni kalu ckg bawak bljr kat bwh pokok..dia suka..suka pada flora dan fauna.

ALAT BERFIKIR OLEH EDWARD DE BONO

1. Pengurusan Grafik
2. Peta Minda
3. CoRT

 7 Teknik Asas CoRT

1.  PMI  (plus, minus, intresting) meluaskan fikiran tentang sesuatu situasi.
2.  CAF ( consider, all, factors) meninjau semua aspek situasi dengan lengkap.
3.  C&S ( consequence & sequel) mejangka apa yang berlaku selepas sesuatu cadangan dijalankan.
4.  AGO  (aims, goals, objectives) sentiasa tumpukan perhatian terhadap tujuan asal supaya matlamat             tercapai.
5.  FIP  (first, important, priotities)  mengambilkira perkara yang penting, elakkan perkara yang tidak utama.
6.  APC  (alternatives, possibilities, choices)  memikirkan perkara yang serentak, elakkan perkara yang sehala.
7.  OPV  (other, people's, views) mengambilkira pandangan orang lain sebelum membuat keputusan.

Wednesday, 28 September 2011

CARA MENBUAT BLOG DI BLOGSPOT

How to register and set up an account is easy BLogger. If your Internet connection is quite fast. You will only take about 5 to 10 minutes. The following steps - steps:

1. Log-in to Blogger
2. Find and click the menu Create Your Blog Now or Start Now. You will immediately be directed to the registration page.
3. On page Create a Blogger Account, Fill in the username, first name, last name, email address, and password. You must fill in the password twice for security and confirmation purposes. You are also asked to read the Terms and Conditions of Blogger, click the checkbox at the bottom as a sign of your approval. Then click the Sign Up button.
4. Once you have registered with the user and password as you wish, you'll get a page Create a New Blog.
5. Input a title and description of your new blog. Just be practical and not too complicated at the time of making the title and description of your blog. Later you can edit and rewrite the title.
6. Next determine your blog's name, for example http://namaanda.blogspot.com. This name is judulsekaligus a blog that will be the destination address. This address would you publish the peer to visit your blog. But if the name you choose has become the owner of another blog, you will be told to come back to find another name.
7. Now you can choose a template or skin for your blog.
8. After determining the skin, Administration page will appear. This page is a starting point of the first post of your blog. Wait for the process of writing appears samapai Your Blog Has Been Created.
9. For the first time to post, click the Start button post. Typing the title and your post. After type the post, do not forget to press the Publish Post button located below the post entry window.

Monday, 26 September 2011

PERBEZAN LAMAN WEB DAN PORTAL

Perbezaan portal berbanding laman web adalah portal menyediakan
perkhidmatan-perkhidmatan online. Ciri-ciri asas portal perlu mengandungi
semua ciri-ciri asas laman web ditambah dengan perkhidmatan online yang
disediakan oleh agensi.

Laman web bolehlah ditakrifkan sebagai halaman-halaman elektronik yang dipaparkan melalui komputer dengan menggunakan teknologi internet. Namun, laman web hanyalah tertumpu kepada penyaluran maklumat asas kepada pengunjung semata-mata. Komunikasi dua hala sangat kurang antara pengunjung dengan pengendali web ataupun web itu sendiri.
Secara umumnya, perbezaan yang paling ketara antara portal dan laman web ialah sasaran pengunjungnya. Siapakah pengunjung yang berpotensi melayarinya? Jika hanya untuk tatapan umum dengan disajikan maklumat-maklumat asas, hanya orang yang mahir sahaja dapat mengubahsuai kandungannya serta tidak banyak interaksi pengunjung biasa dengan pentadbir web atau web itu sendiri, itu ialah laman web. Jika portal pula, pengunjung sasarannya adalah lebih menyeluruh.
Laman web juga terpaksa ‘bergantung hidup’ kepada pembangunnya. Jika pembangunnya telah berpindah atau tiada, maka tamatlah riwayatnya. Berbeza dengan portal, walaupun tidak dapat mengubah susun atur atau penambahan aplikasi yang baru setelah pembangunnya tiada, individu yang mengambil alih tugasnya tidak perlu membuka kod-kod pengaturcaraan yang berjela-jela, cukuplah sekadar berinteraksi dengan aplikasi-aplikasi yang ada untuk mengubahsuai atau menambah maklumat-maklumat tertentu. Ini bermakna, orang lain mampu meneruskan kesinambungan portal itu walaupun ketiadaan pembangun asalnya mahupun penggantinya buta kod-kod pengaturcaraan.
Portal adalah anjakan daripada laman web. Portal lebih ‘besar’ dan menyeluruh berbanding laman web. Terdapat berpuluh-puluh aplikasi yang menyokongnya. Portal membantu dalam pengurusan atau membuat keputusan, hasil maklumat-maklumat yang dijanakan olehnya. 

BLOG



Kebelakangan ini, saya sering menerima emel yang bertanyakan tentang bagaimana nak buat laman web atau blog sendiri. Nampaknya semakin ramai yang berminat untuk menyertai dunia blog ini. Anda pun nak ikut serta? Jom! Terlebih dahulu, mari kita kenal apakah itu blog.



Apakah Itu Blog?
Blog juga adalah satu jenis laman web. Namun, berbeza dari laman web biasa, artikel-artikel baru harus sentiasa ditambah dari masa ke semasa. Ada yang menulis blog setiap minggu, dan ada juga yang menulis blog setiap hari. Dalam blog juga, pembaca boleh memberikan komen dan maklum balas terhadap hasil tulisan anda.

Mengapa Nak Buat Blog?
Tidak dapat dinafikan bahawa kini, blog lebih cepat popular berbanding laman web biasa. Jadi, lebih ramai orang yang mula untuk membuat blog dengan pelbagai tujuan, antaranya ialah:
  • Sebagai diari dan catatan harian
  • Tempat berkongsi ilmu pengetahuan
  • Berbicara hal politik
  • Sumber pendapatan, iaitu sebagai cara untuk buat duit secara online
    Mudahnya Menggunakan Blog!
    Adakah anda perlu menjadi seorang pakar IT untuk memulakan blog? Tidak sama sekali! Cukuplah jika anda pandai menaip dan menggunakan Internet, anda sudah mampu untuk memiliki sebuah blog (^_^)

TEATER BERCERITA

Thursday, 22 September 2011

TEATER BERCERITA


Teater bercerita ialah satu bentuk drama naratif yang berbentuk cerita yang dilakonkan secara spontan. Teater bercerita menggabungkan pelakon dan pencerita pada masa yang sama. Pencerita akan bercerita, manakala pelakon akan melakonkan aksi atau perkara yang diceritakan oleh pencerita itu. Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu untuk dibaca dan dihayati. Aktiviti ini boleh mendidik pelajar untuk bertutur dengan intonasi yang betul. Murid lain boleh mencatat maklumat berdasarkan arahan guru.Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

Objektif Teater Bercerita

 1. Melatih murid-murid dengan kemahiran mendengar, bertutur, pemahaman dan mengarang.
2. Menambah perbendaharaan kata murid.
3.  memperbaiki dan memperkayakan penguasaan murid dalam bahasa
4. mengasah bakat lakonan murid
5. memupuk sikap kerjasama di kalangan murid-murid
6. Berhibur sambil belajar (Didik Hibur)
Langkah Perlaksanaan
1. Atur kedududukan murid dalam bentuk separuh bulatan.
2. Edarkan bahan cerita pada murid yang menjadi 'pencerita'
3. pencerita duduk disebelah kiri penonton dan membaca cerita
4. Apabila pencerita menyebut nama watak murid yang telah ditentukan, watak tersebut keluar melakonkan aksi seperti yang di bacakan dalam cerita dan duduk semula di tempat asal apabila selesai melakonkan situasi yang di baca oleh pencerita
5. Aktiviti di teruskan sehingga selesai cerita.
6. Guru membuat aktiviti susulan untuk membina kemahiran berbahasa.

*..semua watak akan melakonkan watak secara spontan tanpa skrip. Hanya pencerita sahaja yang membaca skrip.

Kriteria pemilihan bahan

1.  cerita boleh dilakonkan
2. menepati objektif, kemahiran, dan masa
3. sesuai dengan minat dan peringkat kebolehan dan umur murid
4. mesej dan nilai positif
5. meningkatkan pemikiran daya kreatif
6. boleh merangsang murid berinteraksi.

Wednesday, 17 August 2011

Maksud Surah Al Fatihah

Maksud Ayat Surah Al Fatihah

Friday, 12 August 2011

Teater Bercerita

Teater bercerita ialah satu bentuk drama naratif yang berbentuk cerita yang dilakonkan secara spontan. Teater bercerita menggabungkan pelakon dan pencerita pada masa yang sama.Tegasnya, pencerita akan bercerita, manakala pelakon akan melakonkan aksi atau perkara yang diceritakan oleh pencerita itu. Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu untuk dibaca dan dihayati. Aktiviti ini boleh mendidik pelajar untuk bertutur dengan intonasi yang betul. Murid lain boleh mencatat maklumat berdasarkan arahan guru.Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

Monday, 1 August 2011

MARI BERPANTUN

Merpati hinggap di atas batu,
Melihat Pak Mat memasang jerat,
Tunaikan solat 5 waktu,
Hidup selamat dunia akhirat.

Orang muda di bilik tamu
Datuk di luar memotong papan,
Penuhkan dada dengan ilmu,
Untuk kebahagiaan di masa hadapan.

Pokok nipah tumbuh berjajar,
Terbang merpati di waktu pagi,
Sungguh susah seorang pelajar,
Ibarat mendaki gunung yang tinggi.

REBUT 5 SEBELUM 5

Masa Muda Mu Sebelum Tua.
Masa Sihat mu Sebelum Sakit
Masa Kaya Mu Sebelum Fakir.
Masa Lapang Mu Sebelum Sibuk.
Masa Hidup Mu Sebelum Mati

KATA-KATA PERANGSANG

Gersang bumi tanpa hujan.
Gersang minda tanpa ilmu.
Gersang hati tanpa Iman.
Gersang jiwa tanpa amal.

SHORT COURSEWORK WAJ3102 ENGLISH LANGUAGE PROFICIENCY 1

COURSEWORK ASSESSMENT
A certain level of English language proficiency is vital in education. Students must bi given ample opportunities to improve their listening, speaking, reading, writing and grammar proficiency in the English language. By providing conyinuous support and guidance, students will develop new learning experiences, language skills, and "learning how to learn" skills.

SHORT COURSEWORK ASSIGNMENT 100%

TASK A (15%)

surf the internet for grammar websites and do 15 exercises/quizzes on-line and print them out together with the score. The quizzes should be on the various word classes.

Example of websites:
http://esl.about.com/library/quiz/blgrammarquiz.htm.
http://www.englishclub.com/esl-quizzes/grammar-5-terms.htm
http://www.wadsworth.com/devenglish_d/special_features/grammarquizzes.htm

TASK B
Section 1 (40%)
i)  Select an authentic text in English of about 250-300 words from any source of reference.
ii) Read and analyse the text. From the text,
    a)  identify 10 words comprising of 5 words classes (nouns. pronouns, verbs, adverbs, adjectives)
    b) identify 5 different types of sentences (simple, compound, complex).
    c) Construct 5 WH questions (who, when, where, what, how)
    d) Construct 5 yes/no questions.
    e) Construct 5 Tag Questions.
    f)  Transcribe 2 sentences from the text using the phonetic transcription.
iii) For task (a) and (b) above, you need to highlight the words and sentences you have identified in the text then present them in a table form:

Section 2 (30%)
i) based on the picture below, write a short story of about 200-250 words. You are required to use the Simple, Progressive and Perfect form of tenses in your story.

TASK C (15%)

i) Write a journal ferlection of not more than 350 words on your learning experience while undergoing this ELP course and the process of doing this assignment. In your reflection, you should:
  • highlight your strengths and weaknesses
  • explain the actions that you have taken to overcome the weaknesses.
  • discuss the knowledge, experience and skills that you have gained.

Sunday, 31 July 2011

KERJA KURSUS MATEMATIK WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

Objektif Kerja Kursus:
1. mengenalpasti hubungan antara perwakilan konkrit, gabar dan abstrak dalam idea matematik.
2. mengilustrasikan keperluan dan cara untuk menghubungkaitkan ilmu matematik dengan mata pelajaran lain.
3. mendemontrasikan pemahaman dengan mengaplikasikan pendekatan dan strategi numerasi dalam kehidupan harian.

soalan 1.
a) dalam perkataan sendiri, huraikan apa yang anda faham dengan algoritma penambahan dan penolakan.
b) berikan satu contoh penggunaan algoritma/prosedur kertas pensel dan bahan manipulatif untuk melaksanakan pengiraan berikut:
64 - 39 =


soalan 2.
a) anda dikehendaki mereka bentuk satu teselasi saiz kertas A4 dan menerangkan bagaimana teselasi tersebut terbentuk daripada unit asasnya.
b) Anda dikehendaki membentuk model fizikal untuk dua jenis polihedrons yang berbeza.

TUGASAN PROJEK PPG BM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Mata pelajaran ini menjelaskan dan menghuraikan kandungan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran bahasa Melayu sekolah rendah yang merangkumi aspek falsafah, objektif dan organisasi kandungan, kemahiran-kemahiran bahasa (mendengar dan bertutur, membaca dan menulis), konsep 5P, pengisian kurikulum, kemahiran bernilai tambah dan sistem bahasa.

Hasil pembelajaran:
1.  menghuraikan dan menjelaskan falsafah, objektif dan organisasi kandungan 5P bahasa melayu SR.
2.  menjelaskan HSP dan aras pembelajaran mengikut tahap.
3.  Menganalisis dan menghuraikan hasil pembelajaran kemahiran-kemahiran bahasa.
4.  Menganalisis dan mengaplikasi pengisian kurikulum dan kemahiran bernilai tambah dalam langkah pengajaran bahasa melayu SR.

bagi melaksanakan tugasan ini, secara individu anda dikehendaki:
1.  mencari, mengumpul dan memproses maklumat tentang sukatan pelajaran bahasa melayu dan huraian sukatan pelajaran bahasa melayu SR.
2.  mencari, mengumpul dan memproses bahan tentang konsep 5P.
3.  mencari, mengumpul dan memproses bahan tentang konsep penggabungjalinan.
4.  menyediakan RPH.

Format penghasilan tugasan:
1.  Tugasan ini dilaksanakn secara individu.
2.  hasil tugasan ditaip menggunakan Arial, font 12 dan dengan langkauan 1 1/2.
3.  Sumber rujukan dinyatakan mengikut format APA yang betul.
4.  Rajah, jadual dan gambar hendaklah dilabelkan, dinomborkan dan dimasukkan ke dalam senarai lampiran (jika berkaitan).
5.  Bahagian kulit luar tugasan hendaklah dilengkapkan dengan maklumat yang berikut:

  • nama pelajar
  • angka giliran
  • nombor kad pengenalan
  • kumpulan / unit
  • kod mata pelajaran
  • nama pensyarah pembimbing
  • tarikh serahan